Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bapa Bayi Maut Didakwa Didera Tekad Tuntut Keadilan – “Saya Tak Akan Maafkan!”

Keseronokkan seorang bapa yang menanti saat menyambut Aidilfitri bersama anak sulungnya bertukar menjadi detik paling menyayat hati apabila bayi lelaki berusia empat bulan itu dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat didera di sebuah pusat jagaan.

Saya tak akan maafkan

Memetik laporan Sinar Harian, bapa mangsa, Mohd Syafaeez Mat Liki, 35, berkata dia tidak pernah menyangka panggilan video bersama anaknya, Hayl Haarith, pada malam sebelum kejadian menjadi detik terakhir mereka berhubung sebelum berpisah buat selama-lamanya.

Menurutnya, ketika panggilan video itu dibuat, anaknya kelihatan ceria sebelum isterinya, Ummu Habibah Wahab, 30, yang bertugas sebagai jururawat keluar bekerja.

Bagaimanapun, suasana bertukar pilu apabila dia menerima panggilan telefon daripada pihak taska kira-kira jam 4 pagi yang memaklumkan anaknya didakwa lemas ketika tidur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita tersebut kemudian disahkan oleh isterinya sekitar jam 5.40 pagi yang memberitahu bahawa bayi mereka sudah meninggal dunia.

“Mulanya saya ingat kematian biasa dan tiada unsur mencurigakan. Tetapi selepas bedah siasat, terdapat beberapa kesan kecederaan yang mencurigakan di bahagian kepala, mata, hidung dan bahagian kanan muka.
“Selain itu, terdapat luka pada kulit kepala yang seolah-olah terkena hentakan objek tumpul,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan, pada Selasa.

Mohd Syafaeez yang bekerja sebagai peniaga di Terengganu menegaskan dia tidak akan memaafkan individu yang dipercayai bertanggungjawab atas kematian anaknya.

“Saya sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan itu kerana ia tidak berperikemanusiaan dan saya berikrar akan menuntut keadilan agar nasib sama tidak menimpa keluarga lain,” luahnya.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa sedih kerana tidak sempat membawa isteri dan anaknya membeli pakaian baharu untuk menyambut Aidilfitri.

“Saya rasa sedih dan terkilan sebab hasrat untuk membeli pakaian raya bersama-sama tidak kesampaian. Saya pasrah atas apa yang berlaku,” katanya.

Jenazah Hayl Haarith selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelulut dan Rhu Redang kira-kira jam 10 pagi pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Pekerja Taska Direman Kes Bayi Empat Bulan Meninggal Dunia

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi ditemui tidak sedarkan diri di sebuah pusat jagaan kanak-kanak 24 jam yang terletak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang sebelum disahkan meninggal dunia.

Kes berkenaan kini disiasat pihak berkuasa selepas keluarga mangsa mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pusat jagaan tersebut menunjukkan terdapat unsur penderaan terhadap bayi berkenaan.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd