Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Negeri Sembilan Salur Bantuan RM1,000 Buat Pesakit Kanser Mulai 2026

Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM1 juta bagi KanserCare, iaitu bantuan pesakit kanser, dengan pemberian insentif RM1,000 secara sekali beri kepada pesakit kanser di negeri ini.

Menurut laporan Bernama, Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata mana-mana anak kelahiran Negeri Sembilan yang menghidap kanser layak memohon peruntukan itu bermula tahun depan.

Bantuan RM1,000 buat pesakit kanser

Bantuan RM1,000 buat pesakit kanser

“Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli ubat, menampung keperluan makan minum atau kos pengangkutan semasa mereka mendapatkan rawatan.
“Bantuan ini bukan hanya untuk golongan B40, tetapi semua pesakit kanser yang disahkan doktor layak membuat permohonan.
“Ini merupakan inisiatif baharu memandangkan bilangan pesakit kanser di negeri ini semakin membimbangkan,” katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 di sini.

Artikel lain: Kes Syamsul Haris : UTM Tegaskan Tiada Siapa Akan Dilindungi, Sedia Beri Kerjasama

Bantuan RM1,000 buat pesakit kanser

Adun Sikamat itu berkata, insentif lain di bawah Teras Kebajikan dan Kesihatan kekal diberikan dengan jumlah keseluruhan RM2.34 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia termasuk bantuan rawatan pembedahan AV Fistula untuk pesakit kurang berkemampuan (RM500,000), sentuhan prihatin orang kurang upaya (RM220,000), Rumah Minda Ceria (RM120,000) dan bantuan alat implan ortopedik (RM500,000).

Terdahulu, Aminuddin membentangkan Belanjawan 2026 berjumlah RM640 juta, dengan perbelanjaan pembangunan RM150 juta dan defisit sebanyak RM30 juta.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd