Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kanak-Kanak Perlukan Perlindungan! Bahaya Senyap CSAM Dalam Kandungan Digital

Bahaya Senyap CSAM Dalam Kandungan Digital

Bahaya Senyap CSAM Dalam Kandungan Digital!

Isu Child Sexual Abuse Material (CSAM) semakin mencabar untuk dikesan berikutan penggunaan teknologi canggih dan kaedah penyebaran secara tersembunyi, sekali gus menuntut peranan lebih berkesan media serta platform digital dalam meningkatkan kefahaman masyarakat.

Pensyarah dan Ketua Pusat Pengajian Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Siti Zanariah Haji Yusoff berkata, teknik seperti steganografi, pengubahsuaian imej dan video, kandungan deepfake serta penyebaran melalui kumpulan tertutup dan ruang sembang permainan dalam talian menjadikan bahan jenayah berkenaan semakin sukar dikesan.

“Media dan platform digital memainkan peranan besar dalam membantu masyarakat memahami mengapa isu seperti CSAM semakin sukar dikesan. Ia bukan sekadar isu membuang kandungan, tetapi menuntut kerjasama pengguna untuk melapor,” katanya ketika ditemu bual Borak Daily.

Menurut beliau, penyampaian maklumat menggunakan infografik, video pendek dan bahasa yang mudah difahami penting bagi memastikan masyarakat sedar bahawa setiap individu mempunyai peranan dalam melindungi keselamatan digital.

“Guna bahasa mesej yang membantu orang faham apa yang mereka boleh buat untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain.
“Contohnya, mesej seperti ‘Cara kita boleh bantu…’, ‘Laporkan, jangan kongsi’ dan ‘Platform boleh bertindak pantas jika diberi maklumat tepat’,” jelasnya.

Artikel lain: CSAM Di Malaysia: Pelaku Makin Licik, Kanak-Kanak Semakin Terdedah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahaya Senyap CSAM Dalam Kandungan Digital

Mengulas cadangan penetapan had umur 16 tahun bagi akses ke platform berisiko tinggi, beliau berkata pelbagai pandangan telah dibangkitkan oleh masyarakat susulan pengumuman dasar tersebut oleh Menteri Komunikasi.

Menurutnya, ada pihak penyokong atas faktor keselamatan, meskipun terdapat sebilangan bimbang tentang sekatan kebebasan remaja, selain mempersoalkan keberkesanannya.

Namun, beliau menegaskan bahawa dalam konteks keselamatan digital semasa, dasar itu perlu dilaksanakan bagi melindungi kanak-kanak daripada ancaman seperti CSAM, grooming dan kandungan berbahaya.

“Komunikasi perlu menjelaskan bahawa langkah ini bukan bertujuan menyekat kebebasan remaja, sebaliknya melindungi hak keselamatan digital mereka.
“Dasar ini juga perlu difahami sebagai sesuatu yang boleh disemak dari semasa ke semasa berdasarkan data dan kesan pelaksanaan,” katanya.

Berhubung strategi perlindungan menyeluruh, Dr Siti Zanariah menekankan kepentingan kerjasama antara keluarga, sekolah dan platform digital.

“Pemantauan ibu bapa adalah teras utama kerana merekalah yang paling hampir dengan kanak-kanak dan dapat mengesan perubahan tingkah laku atau interaksi tidak sesuai dalam media sosial serta permainan dalam talian,” ujar beliau.

Beliau berkata, usaha berkenaan boleh diperkukuh melalui pendidikan literasi digital di sekolah, sistem pelaporan yang mudah, mekanisme laporan yang jelas di platform digital, serta latihan simulasi krisis melibatkan semua pihak.

Tambahnya, penggunaan papan pemuka ringkas berasaskan indikator seperti jumlah laporan dan tempoh tindak balas platform juga boleh meningkatkan akauntabiliti tanpa mendedahkan identiti mangs.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas pelaporan operasi penguatkuasaan seperti Op Pedo 2.0 yang merekodkan 31 tangkapan dan rampasan 880,000 fail CSAM, beliau menegaskan media perlu menyampaikan maklumat tersebut secara beretika dan bertanggungjawab.

“Fokus laporan harus kepada statistik dan sistem, bukan kepada eksploitasi mangsa.
“Statistik perlu dipersembahkan secara profesional dan dikaitkan dengan keperluan dasar keselamatan digital,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tekanan terhadap platform digital perlu dipertingkatkan bagi memastikan tindakan lebih tegas dan konsisten dalam penghapusan CSAM.

“Platform perlu menerbitkan laporan ketelusan, menetapkan petunjuk prestasi keselamatan, meningkatkan pemantauan ruang sembang permainan dalam talian serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa,”tuturnya.

Akhir sekali, Dr Siti Zanariah menekankan keperluan strategi komunikasi yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran remaja terhadap bahaya kandungan tersembunyi di platform digital.

“Mesej perlu jelas, membina dan memberi panduan praktikal seperti menghentikan interaksi, menyimpan bukti dan melapor kepada guru atau ibu bapa. Pendekatan pendidikan berasaskan rakan sebaya juga didapati lebih berkesan dalam kalangan remaja,” katanya.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd