Sebagai simbol pembaharuan dalam penyampaian dakwah dan meraikan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-65, satu inisiatif unik akan dilaksanakan dengan percubaan mencipta rekod Bacaan al-Quran Terpanjang dari KL Sentral ke Hatyai.
72 peserta bacaan al-Quran
Menurut laporan Buletin TV3, percubaan bersejarah ini bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Records dan menampilkan bacaan al-Quran secara berterusan di dalam kereta api rentas sempadan, menjadikannya acara bacaan al-Quran pertama seumpamanya di peringkat antarabangsa.

Foto: Carian Google
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata inisiatif ini membuktikan dakwah tidak semestinya terhad kepada mimbar atau ruang dewan semata-mata.
Artikel lain: KTMB Bakal Lancar Aplikasi Super, Libat Perkhidmatan Pengangkutan Awam Lain
“Penyampaian syiar Islam boleh dilaksanakan di mana jua, dengan pendekatan yang segar, bermakna dan penuh nilai. Ini membuka lembaran baharu yang menggabungkan teknologi, logistik dan kreativiti dalam berdakwah,” katanya pada Isnin.
Bagaimanapun, beliau menegaskan keperluan untuk menjaga sensitiviti semua pihak termasuk penumpang bukan Islam, agar usaha dakwah tidak menjadi gangguan kepada orang lain.

Foto: Kosmo!
MTHQA ke-65 akan berlangsung dari 2 hingga 9 Ogos 2025 di WTCKL dengan penyertaan 72 peserta dari 50 negara, bertanding dalam dua kategori utama iaitu Tilawah al-Quran dan Hafazan 30 Juzuk.
Bertemakan “Membangun Ummah MADANI”, acara tahunan ini mencerminkan aspirasi Malaysia untuk membina masyarakat bertamadun berteraskan nilai-nilai Qurani.

Foto: Harian Metro
Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM40,000 untuk Johan, manakala Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM30,000 dan RM20,000.
Bagi menjamin mutu dan integriti penjurian, MTHQA tahun ini akan dikendalikan oleh 16 hakim bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada pakar dari Malaysia, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Indonesia.
Sumber: Buletin TV3
