Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Perlekeh Isteri? Aqil Zulkiflee Mohon Maaf Andai Terguris Hati, Jaga Tutur Kata

Aqil Zulkiflee Mohon Maaf Andai Terguris Hati

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial.

Aqil berkata, walaupun menerima pelbagai kritikan, beliau tidak terkesan dan menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat andaian masing-masing.

“Ramai betul orang kecam, haters memang tunggu masa nak maki carut aku. Ikut koranglah nak buat andaian apa pun daripada potongan live tu,” tulisnya di Threads.

Aqil Zulkiflee Mohon Maaf Andai Terguris Hati

Beliau menegaskan situasi sebenar tidak seperti yang digambarkan segelintir netizen, dan isterinya berada di sebelah ketika siaran langsung tersebut serta memahami gurauannya.

“Hakikatnya isteri ada sebelah masa live tu, siap gelak-gelak lagi tengok perangai aku.
“Kemain manipulasi cerita sampai nampak macam aku tak hormat isteri sendiri dan buka aib bagai,” ujarnya.

Aqil menambah bahawa hubungan rumah tangganya berada dalam keadaan baik dan meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berlebihan.

“Apa pun yang paling penting, aku dengan isteri aku baik-baik sahaja. Korang tak payah risau sangat. Doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.

Dalam kenyataan tambahan, Aqil menjelaskan segala usaha menghasilkan video dan siaran langsung dilakukan dengan sokongan isterinya yang mengurus persiapan, idea, dan persekitaran kerja setiap hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulilah. Semua ni takkan ada kalau isteri aku tak sokong aku untuk buat video & live tiap hari. Dia yang kemas barang affiliate aku, bagi idea, setup & kemas tempat aku kerja setiap hari.
“Apa yang penting, aku sayang bini aku. Isteri aku lagi sayang aku,” tulisnya.

Artikel lain: Insiden Roblox: Aqil Zulkiflee Kecewa Dipersalahkan- “Yang Buruk Semua Kita, Ibu Bapa Tak Pernah Salah…”

Kontroversi tercetus selepas rakaman siaran langsung TikTok beliau tular, memaparkan dirinya menyakat isterinya yang kurang mahir menghasilkan kandungan serta dakwaan merungut mengenai pemberian wang berjumlah RM2,000.

Sumber: Threads aqilzulkiflee

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd