Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Anak Robert Kuok Dilapor Jadi CEO Shangri-La, Terima Gaji RM 312,000 Sebulan

CEO Shangri-La, terima Gaji RM 312,000 sebulan

Anak kepada Robert Kuok, Kuok Hui Kwong dilapor bakal mengambil alih jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Shangri-La Asia bermula 1 Ogos ini.

CEO Shangri-La, terima Gaji RM 312,000 sebulan

CEO Shangri-La, terima Gaji RM 312,000 sebulan

Memetik laporan The Straits Times, sebelum ini Hui telah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu sejak Jun 2016 dan pada tahun 2017 beliau dilantik sebagai Pengerusi.

“Shangri-La Asia, yang disenaraikan di Hong Kong dan Singapura dalam makluman bursa hari ini berkata bahawa penyatuan peranan Pengerusi dan CEO di bawah kepimpinan Kuok (Hui Kwong) dijangka meningkatkan ‘kesepaduan strategik dan pelaksanaan operasi dengan memastikan visi yang bersatu dan konsisten di semua peringkat kepimpinan,” tulis laporan itu.

Difahamkan, Lim Beng Chee yang sebelum ini menjawat jawatan CEO telah mengumumkan untuk bersara pada akhir tahun 2022 tetapi beliau masih kekal dalam lembaga pengarah sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.

Dalam pada itu, Hui Kwong dipercayai akan menerima gaji bulanan sebanyak S$94,300 kira-kira RM312,000, selain mendapat bonus berdasarkan prestasi dan manfaat pencen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
CEO Shangri-La, terima Gaji RM 312,000 sebulan

Foto: Klook Travel

Anak keenam daripada lapan beradik itu juga dikatakan memiliki saham langsung dan tidak langsung sebanyak 95.57 juta unit dalam Shangri-La Asia, bersamaan dengan 2.7 peratus daripada keseluruhan syarikat.

Artikel lain: Tuntut Lebih RM36 Juta, Bekas CEO Saman Yayasan Dan Bank Rakyat

Untuk rekod, Shangri-La Group, yang dibuka oleh Robert Kuok iaitu merupakan individu terkaya Malaysia pada tahun 1971 bermula dengan perniagaan pertama mereka iaitu menubuhkan Hotel Shangri-La di Singapura.

Berdasarkan laporan tahunan 2024, Shangri-La Asia mengendalikan lebih 100 hotel, dengan 81 daripadanya dimiliki sendiri, di bawah empat jenama utama iaitu Shangri-La, Kerry, Hotel Jen, dan Traders.

Sumber: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa dibedah bagi mencabut 12 batang gigi selepas pemeriksaan pakar mendapati keseluruhan struktur giginya rosak teruk akibat karies botol susu, keadaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd