Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Anak peroleh keputusan cemerlang
Menerusi hantaran video yang dikongsikan TikTok TV PSS SMA Telok Kemang, Fakhrul Iman dan bapanya terlihat sebak apabila guru memberikan keputusan cemerlang yang diperoleh dalam peperiksaan tersebut.
Momen berkeaan membuatkan ramai tersentuh apabila melihat seorang bapa menangis kegembiraan diatas kejayaan anak tersayang.
Bapa peniaga pisang goreng & laksa
Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna media sosial memaklumkan bapa kepada pelajar cemerlang berkenaaan adalah peniaga pisang goreng dan laksa di Teluk Kemang.
Ucap terima kasih kepada para guru
Dalam pada itu, Fakhrul Iman juga telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang menzahirkan ucapan tahniah kepadanya.
Dia juga memberi penghargaan setinggi-tingginya kepada para guru yang tidak henti memberikan sokongan dan dorongan sehingga berjaya mendapat keputusan cemerlang.
Tahniah diucapkan Fakhrul Iman dan semua yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2025.
Difahamkan, keputusan SPM 2025 menyaksikan peningkatan pencapaian dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, di mana 13,779 calon memperoleh gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran.
Sumber: TikTok TV PSS SMA Telok Kemang






































