Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anak Pamela Tak Perlu Hadir Ke Malaysia, Keterangan Boleh Diambil Secara Video – Peguam

Anak-anak kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh tidak perlu hadir secara fizikal ke Malaysia untuk memberikan keterangan berhubung kes penculikan ibu mereka, kata peguam mewakili keluarga itu.

Menurut laporan Kosmo!, peguam Pamela Datuk N. Sivananthan berkata, polis boleh memilih alternatif lain seperti menjalankan sesi soal siasat melalui panggilan video atau hadir ke Singapura bagi mendapatkan maklumat daripada ketiga-tiga anak Pamela yang kini menetap di sana.

Foto: Media Sosial

“Anak-anak Pamela mungkin tak akan datang ke Malaysia lebih-lebih lagi selepas mengetahui ibu mereka telah diculik. Mereka mesti bimbangkan soal keselamatan.
“Kalau polis nak ambil keterangan, mungkin mereka boleh ambil melalui panggilan video atau datang ke Singapura,” katanya.

Difahamkan, ketiga-tiga anak mangsa yang berusia antara 18 hingga 20 tahun kini berada di bawah jagaan ahli keluarga serta kenalan rapat di Singapura.

Sebelum ini, polis menyeru beberapa individu termasuk anak-anak kepada Pamela agar tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

Pamela, 42, dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Sun

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan kini menjurus kepada penglibatan suami mangsa bersama beberapa individu lain sebagai suspek utama dalam kes berkenaan.

Setakat ini, seramai 16 individu termasuk suami kepada Pamela telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan oleh pihak polis.

Sumber: Kosmo! (Harrith Hisham)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Lokal

Seorang individu dikenali sebagai Tok Singa bersama tiga lagi pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd