Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Alami Serangan Strok, Ibu Kanak-Kanak Caudal Regression Syndrome Sedang Kritikal

Ibu kepada kanak-kanak yang menghidap Caudal Regression Syndrome iaitu tiada betis dan lutut berserta sumbing, Muhammad Shairid Hadif Ridhuan Shah, 5, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas alami serangan strok.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Siti Azah Mohd Zainal, 38, sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru selepas diserang strok pada Sabtu lalu.

Berita duka itu dimaklumkan oleh kakaknya, Fadilah Mohd Zainal yang berkata adiknya yang menghidap kencing manis dan darah tinggi sukar untuk menjalani kehidupan seharian sejak Jumaat lalu.

Alami serangan strok

Alami serangan strok

“Doktor beritahu Azah mengalami pendarahan dalam otak dan dia menjalani pembedahan sekitar tengah malam tadi (semalam). Doktor juga beritahu Azah terpaksa ditidurkan sebab oksigen sudah tak dapat sampai ke otaknya.
“Kami sekarang menantikan ada perkembangan positif dari Azah dan berharap orang ramai mendoakan adik saya cepat sembuh,” katanya.

Difahamkan, ibu saudara mereka telah membantu menjaga lima orang anak Azah iaitu Shairid serta abang dan kakaknya, Muhammad Shahfikri, 16, Norqisha Elina, 13, Nursyifa Syafina, 10, Muhammad Shahfrizal, 8.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Setahun Terpaksa ‘Ponteng’ Demi Rawatan, Pelajar Hidap Kanser Raih Semua A Dalam SPM

Alami serangan strok

Sumber gambar: FMT

Terdahulu, warga maya tersentuh hati dan sebak melihat kegigihan anak Azah iaitu Muhammad Shairid yang berjalan tanpa bantuan sokongan serta bergantung penuh pada kedua-dua tangan ketika memasuki sesi persekolahan pada 2025, baru-baru ini.

Walaupun tidak sempurna seperti rakan seusia lain namun, ia tidak mematahkan semangat Muhammad Shairid untuk menimba ilmu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga Azah dan anak-anaknya boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Hong Leong Bank: 30800046020 atas nama Fadilah Mohd Zainal. Fadilah juga boleh dihubungi di talian 013-7162459.

Sumber: Free Malaysia Today (Yasmin Abdul Latif)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd