Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Alami Serangan Jantung, Anak Tunggal Elvis Presley Meninggal Dunia

Penyanyi dan penulis lirik, Lisa Marie Presly, 54, dilaporkan meninggal dunia semalam selepas dikejarkan ke sebuah hospital di California.

Menurut agensi antarabangsa, Lisa Marie meninggal dunia setelah mendapat serangan jantung dan ia dimaklumkan sendiri oleh ibunya, Priscilla Presley.

“Dengan berat hati, saya mesti berkongsi berita buruk bahawa anak perempuan saya, Lisa Marie sudah pergi meninggalkan kita,”katanya.

Terdahulu, paramedik Los Angeles County dikejarkan ke sebuah kediaman terletak di Calabasas sekitar jam 10.37 pagi waktu tempatan selepas mendapat laporan seorang wanita diserang sakit jantung.

Beberapa hari sebelum kejadian, Lisa dilihat berada di Memphis, Tennessee iaitu kawasan kediaman mewah yang didiami oleh bapanya, Elvis Presley bagi meraikan ulang tahun mendiang pada 8 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lisa Marie merupakan satu-satunya anak mendiang penyanyi lagenda rock n roll, Elvis Presley.

Ibunya, Priscilla Presley berkata, beliau amat bersedih dengan pemergian anak perempuannya itu.

Sebelum ini, Lisa sempat menuliskan kedukaan yang disiarkan di Majalah PEOPLE selepas anak lelakinya, Benjamin Keough yang ditemui mati bunuh diri pada tahun 2020.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Lisa Marie Presley (@lisampresley)

Sumber: PEOPLE

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd