Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Yakin Dengan Allah, Percaya Pada Rezeki” – Aisar Khaled Pesan Teruskan Bersuara Isu Kemanusiaan

Pempengaruh, Aisar Khaled tampil membuka mulut apabila terdapat segelintir rakan industri yang tidak berani menyuarakan sokongan terhadap isu kemanusiaan di Gaza kerana khuatir hilang punca pendapatan.

Terus bersuara isu kemanusiaan

Memetik laporan HibGlam, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel, 25, memahami kebimbangan yang dialami mereka namun, perlu percaya dan yakin bahawa rezeki itu datang daripada Allah.

Aisar khaled Terus bersuara isu kemanusiaan

“Saya faham, ada yang takut bersuara sebab bimbang rezeki hilang, kerja tak ada. Tapi kalau kita fikir semula, dunia ni sementara. Kita kena berkorban sedikit dan percaya pada rezeki.
“Bila kita yakin dengan Allah, Dia pasti akan ganti dengan rezeki yang lebih banyak. Kena banyak sabar dan percaya dengan rezeki. Itu saja,” kata Aisar, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aisar menegaskan solidariti dibuat bukan untuk mencari perhatian mahupun pujian tetapi demi menyuarakan sokongan terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“Bagi saya, tugas seorang pempengaruh bukan sekadar kongsi gaya hidup. Kita ada tanggungjawab untuk bersuara tentang isu kemanusiaan.
“Ini bukan soal bangsa atau agama tetapi soal hati dan perikemanusiaan. Kita boleh lihat sendiri bagaimana rakyat Palestin menanggung derita sejak sekian lama.
“Tambahan pula, ayah saya ada darah campuran Jordan dan Palestin, jadi perjuangan ini memang dekat di hati,” ujarnya.

Sebelum ini, Aisar antara ribuan rakyat Malaysia yang turun dalam Himpunan Solidariti bersama Gaza untuk memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, dia juga membawa bendera Palestin sepanjang 100 meter yang dibuat khas bersama pasukannya dalam tempoh masa 24 jam.

Artikel lain: Aisar Khaled Sambut Kepulangan Sahabat, Haroqs Terima Banyak Hadiah Coklat

Untuk rekod, 23 sukarelawan Malaysia di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah selamat dibebaskan selepas ditahan rejim Zionis sejak 2 Oktober lalu.

Antara yang terlibat termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sebelum pulang ke tanah air beberapa hari lalu selepas transit di Istanbul, Turkiye.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: HibGlam (Nur Muhammad Haikal Ramli)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Lokal

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd