Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

AI Bukan Lagi Konsep Teori, Berpotensi Jadi Pemacu Utama Peralihan Tenaga Bersih – Fadillah

AI Bukan Lagi Konsep Teori

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof menegaskan bahawa transformasi inovatif sistem bekalan elektrik adalah nadi utama dalam menjayakan agenda peralihan tenaga bersih negara.

Beliau berkata, tanpa grid yang kukuh, fleksibel dan moden, matlamat peralihan tenaga tidak dapat dicapai sepenuhnya.

“Transformasi inovatif sistem bekalan elektrik adalah nadi utama peralihan tenaga bersih.
“Tanpa grid yang kukuh, fleksibel dan moden, matlamat ini tidak dapat dicapai sepenuhnya,” tegasnya ketika mengetuai delegasi Malaysia ke 16th Clean Energy Ministerial (CEM16) dan 10th Mission Innovation Ministerial (MI-10) di BEXCO, Busan, Republik Korea.

Malaysia melalui National Energy Transition Roadmap (NETR) menyasarkan 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050 dengan memanfaatkan sumber solar, hidro, hidrogen hijau serta sistem digital dalam pengurusan permintaan tenaga.

Selain itu, Malaysia turut menekankan kepentingan sambungtara serantau melalui ASEAN Power Grid sebagai pemacu kepada keselamatan bekalan elektrik.

Dalam sesi High-Level Dialogue on Energy & Artificial Intelligence (AI), Fadillah berkata teknologi AI kini menjadi realiti yang sedang membentuk cara perancangan, pengurusan dan transformasi sistem tenaga dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“AI bukan lagi konsep teori, tetapi realiti yang membentuk cara kita merancang, mengurus dan mentransformasi sistem tenaga.
“Jika diurus secara bertanggungjawab, AI boleh menjadi pemacu utama peralihan tenaga bersih,” jelasnya.

Artikel lain: Bawa Agenda Kelestarian Di Peringkat Antarabangsa, Fadillah Yusof Ketuai Delegasi Malaysia Ke Jakarta

Penyertaan Malaysia di forum berprestij itu adalah selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kelestarian, kesejahteraan dan inovasi demi memastikan masa depan tenaga negara lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

Dalam rangka lawatan kerja itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengunjungi Korea Hydro & Nuclear Power (KHNP) Saeol Nuclear Power Plant (NPP) bagi meninjau teknologi keselamatan nuklear terkini, sekali gus membuka ruang potensi kerjasama dalam bidang tenaga nuklear sebagai sumber rendah karbon untuk menyokong peralihan tenaga Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd