Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ahli Politik Britain Tolak Perbandingan Konflik Palestin Dengan Masyarakat Cina Di Malaysia

Ahli politik veteran Britain, George Galloway menolak perbandingan yang mengaitkan konflik Palestin dengan sejarah masyarakat Cina di Malaysia sambil menyifatkannya sebagai tidak adil, mengelirukan dan tidak mencerminkan realiti sebenar penindasan yang dialami rakyat Palestin.

Ahli politik Britain tolak perbandingan

Perkara itu disuarakan Galloway ketika sesi soal jawab dalam satu forum bertajuk bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ pada 11 Januari lalu, susulan soalan daripada seorang wartawan tempatan yang mengaitkan kedua-dua isu sebagai legasi kolonial British.

Ahli politik Britain tolak perbandingan

Foto: Instagram Adly Zahari

Wartawan tersebut berhujah bahawa Palestin dan masyarakat Cina di Malaya pernah dilabel sebagai “interloper” dan “aliens” pada era kolonial, serta mencadangkan mentaliti “kita lawan mereka” masih wujud hingga kini, termasuk dalam kalangan penyokong pro-Palestin.

Bagaimanapun, Galloway menegaskan bahawa perbandingan tersebut tidak mengambil kira perbezaan asas antara konteks sejarah dan realiti semasa kedua-dua masyarakat.

“Saya belum pergi seluruh Kuala Lumpur hari ini, tetapi saya tidak nampak sebarang kereta kebal.
“Saya tidak nampak senjata. Saya tidak nampak trak tentera. Saya tidak nampak jalan khas untuk golongan tertentu.

Menurut Galloway, rakyat Palestin hidup di bawah penindasan ketenteraan, sekatan dan kekerasan bersenjata, sesuatu yang sama sekali tidak dialami oleh masyarakat Cina di Malaysia.

Artikel lain: Proses Hantar Pulang 127 Rakyat Palestin Sedang Dimuktamadkan – Adly Zahari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menolak sebarang dakwaan bahawa pandangannya bersifat xenofobik atau berteras nasionalisme sempit, sebaliknya menegaskan pendiriannya yang konsisten menentang nasionalisme ekstrem.

“Saya benci nasionalisme. Saya bukan orang yang boleh dituduh sebagai xenofobia,” katanya, sambil menyatakan pengalamannya tinggal dan bekerja di beberapa negara termasuk China.
Ahli politik Britain tolak perbandingan

Foto: Bernama

Dalam masa sama, Galloway memuji kejayaan masyarakat Cina di Malaysia dan di peringkat global, yang dicapai melalui kerja keras dan keupayaan membina komuniti berjaya dalam pelbagai sistem politik.

“Orang Cina berjaya di Malaysia, berjaya di seluruh dunia, termasuk di China,” katanya lagi.

Namun, beliau menegaskan bahawa menggambarkan Malaysia sebagai masyarakat yang setara dengan sistem penindasan di Palestin adalah tidak berasas, malah disifatkan sebagai refleksi yang “tidak tepat dan memalukan”.

“Saya tidak akan meluangkan masa lagi untuk perbandingan seperti ini,” kata Galloway sebagai penutup.

Sementara itu, difahamkan portal berita berkenaan sudah membuat permohonan maaf selain memaklumkan bahawa tindakan disiplin telah dikenakan terhadap wartawan terlibat selepas siasatan dalaman dijalankan.

Sumber: Facebook The Merdeka Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Lokal

Faktor ekonomi dan keluarga menjadi pendorong utama seramai 61,116 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka dalam tempoh lima tahun lalu, dengan majoriti memilih untuk berpindah...

Sosial

Seorang wanita kantoi menyamar sebagai pramugari dengan menaiki pesawat Batik Air bagi penerbangan dari Palembang ke Jakarta baru-baru ini, lapor Radar Solo. Menyamar pramugari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd