Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Acha Septriasa Terharu, Wan Azizah Pernah Hadiahkan Gelang Tasbih & Masakkan Lauk

Pelakon filem Anwar, The Untold Story, Acha Septriasa berkongsi kisah bertemu dengan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beberapa bulan lepas.

Memetik laporan dari Berita Harian, Acha mengatakan yang dirinya begitu terharu kerana dihadiahkan gelang tasbih dari Dr Wan Azizah.

hadiahkan gelang dan bawakan bekal

Lebih menyentuh hatinya adalah bekal yang dimasak khas oleh isteri perdana menteri itu untuk diberikan kepadanya sewaktu pertemuan kali pertama mereka.

Dia yang begitu bersyukur kerana diberi kepercayaan memegang watak insan terpenting dalam perjuangan Anwar Ibrahim akui sangat bahagia kerana terbabit sama dalam projek filem berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah, saya bahagia dapat terbabit dalam projek filem Anwar ini. Ia pastinya kesempatan yang terbaik buat saya.
“Saya terharu kepercayaan diberikan oleh penerbit, Zunar atau Zulkiflee Anwar Haq kepada pemain seperti kami.
“Paling diingati sifat keibuan Dr Wan Azizah ketika kali pertama berjumpa ketika saya dan Farid Kamil diajak makan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
“Ketika itu, kami turut diberikan bekalan makanan hasil masakannya sendiri dan gelang tasbih. Pemberian ini cukup bermakna kepada saya sehingga hari ini,” katanya.

Tersentuh sifat keibuan Wan Azizah

Dia yang berkongsi momen tersebut menerusi panggilan video di majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story di sebuah hotel mengakui memainkan watak Wan Azizah tidak mudah lebih-lebih lagi perlu bertutur dalam bahasa Melayu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Wan Azizah adalah sosok yang damai. Beliau adalah wanita disanjungi dan selalu percaya terhadap takdirnya. Beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Allah.

“Beliau juga seorang tokoh Malaysia yang memiliki karakter keibuan sangat kuat. Kepimpinannya juga terbukti apabila mampu menggantikan suami, lantas menjadi ibu dan ayah serta pemimpin dalam satu masa.
“Beliau bukan sahaja dihormati di Malaysia, bahkan Indonesia juga. Jadi, nak menjayakan wanita hebat ini paling sukar.
“Namun, cintanya terhadap keluarga secara tak langsung membuatkan saya berusaha kaitkan dengan diri saya.
“Dan saya kaitkan dengan diri saya, ia lebih mudah untuk membawakan watak Dr Wan Azizah,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, dengan bantuan produksi dan juga Farid Kamil segalanya dipermudahkan dan dia dapat menjayakan watak tersebut dengan selesa.

“Farid adalah aktor dan sahabat yang baik. Dia sangat membantu dalam membentuk karakter, seiring tokoh disayangi oleh rakyat Malaysia.
“Lalu, saya merasakan kami perlu mengadakan lagi projek kerjasama Malaysia dan Indonesia seperti ini. Ini kerana dapat saling belajar antara satu sama lain.
“Semoga filem Anwar ini dapat memperlihatkan banyak hikmah dalam kehidupan seorang manusia yang memperjuangkan kejujuran dan akhirnya, menang dengan kejujuran,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem Anwar The Untold Story ini dijangka menemui penonton pada Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia termasuklah di Brunei dan Singapura. Antara pelakon yang menjayakan filem berkenaan adalah Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahman,  Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)

+ posts

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd