Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Cipta Langkah Inovatif, JPA Pacu Majlis Amanat KSN 2025 Guna Teknologi AI Dan AR

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekali lagi mencipta langkah inovatif dengan memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Realiti Terimbuh (AR) dan guna sebagai pemacu utama dalam pelaksanaan Majlis Amanat Ketua Setiausa Negara (KSN) 2025.

Pendekatan kreatif ini diterjemahkan melalui penggunaan eBackdrop interaktif yang dilengkapi elemen AR, memberikan pengalaman visual baharu yang lebih dinamik dan futuristik kepada para hadirin.

JPA pacu Majlis Amanat KSN 2025 guna teknologi AI dan AR

“Seluruh proses inovasi AR ini direalisasikan sepenuhnya menggunakan kepakaran dalaman Unit Komunikasi Korporat (UKK) manakala montaj dan gimik pula oleh Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM),” kata JPA dalam satu kenyataan.

Pendekatan ini membuktikan keupayaan dan kebolehan sumber manusia dalam sektor awam untuk mengadaptasi teknologi terkini tanpa kebergantungan kepada pihak luar.

Gimik pelancaran yang menggunakan elemen teknologi terkini ini menjadi simbolik kepada komitmen sektor awam dalam mendepani era pendigitalan sekaligus memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, moden dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JPA Guna Teknologi AI Dan AR

Sementara itu, Majlis Amanat KSN turut menyaksikan pelancaran dua dokumen penting iaitu Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2025: Garis Panduan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam oleh CGSO.

“Pekeliling ini bertujuan memperkukuhkan keupayaan sektor awam dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan tanpa gangguan, khususnya ketika menghadapi situasi luar jangka seperti bencana atau pandemik,” ujar JPA.

Artikel lain: KPM Pertimbang Beri Baucar Buku MADANI Kepada Warga Pendidik

Selain itu, Pekeliling Pemantapan Pengurusan Perhubungan Pelanggan Sektor Awam oleh JPA turut dilancarkan yang mana ia menekankan kepada langkah-langkah strategik untuk meningkatkan mutu pengurusan aduan dan perhubungan pelanggan, selaras dengan usaha memastikan kepuasan rakyat sebagai keutamaan.

“Pekeliling ini juga memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, inklusif dan berfokuskan rakyat.
“Sementara itu, terdapat empat teras utama pemantapan pengurusan pelanggan sektor awam iaitu perancangan strategik, pelaksanaan strategi, pematuhan dan penambahbaikan berterusan.
“Setiap perkhidmatan yang direka bentuk hendaklah memenuhi elemen manusia, proses, teknologi serta infrastruktur dan prasarana agar dapat meningkatkan tahap kepuasan pelanggan,” kata JPA.

JPA Guna Teknologi AI Dan AR

JPA turut  berkata Agensi Sektor Awam wajar menawarkan perkhidmatan pelanggan Digital agar interaksi pelbagai saluran komunikasi dan perkhidmatan dapat berlaku sepenuhnya dalam persekitaran digital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, penggunaan sistem pengurusan data pelanggan bersepadu juga akan dapat menambah baik pengalaman pelanggan.

“Penggunaan teknologi AI dan AR dalam majlis ini mencerminkan aspirasi sektor awam untuk terus mengorak langkah ke hadapan, menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam yang lebih inklusif dan progresif.
“Langkah ini juga seiring dengan tema majlis, ‘Reformasi: Satu Kemestian’, yang menekankan pentingnya inovasi dan transformasi dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” ujar JPA.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Gergasi media sosial, Meta rancang untuk buang dan ganti kira-kira lima peratus pekerja yang mencatatkan prestasi buruk pada tahun ini dan berita ini telah...

Lokal

Pendakwah dan penulis buku terkenal, Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim meninggal dunia pada jam 7.19 malam Selasa. Memetik laporan Berita Harian, Allahyarham yang juga...

Spotlight

Dunia seni Hollywood dikejutkan dengan kematian pelakon veteran Dalyce Curry yang maut dalam kebakaran dahsyat dikenali sebagai Eaton Fire di kediamannya di Altadena, California,...

Politik

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyatakan Perikatan Nasional (PN) tidak menghadapi masalah untuk mencari calon perdana menteri dari kalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd