Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Video Promosi TMM 2026 Dibuat Semula Adalah Tindakan Wajar – Mohd Na’im

Tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk membuat semula video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) dianggap sebagai langkah yang wajar dan tepat.

TMM 2026

Foto: Sinar Harian

Semalam, menterinya Datuk Seri Tiong King Sing telah memaklumkan video TMM 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci untuk mempromosi setiap negeri dengan lebih baik.

Menurut Tiong, keputusan ini dibuat selepas meneliti video yang dilancarkan Selasa lalu dan mendapati beberapa penambahbaikan perlu dilakukan kerana ia memaparkan produk pelancongan secara bercampur aduk dan tidak disusun mengikut negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyatakan bahawa keputusan ini mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan selain kemajmukan masyarakat di Malaysia.

“Selain itu, sepertimana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej serta identiti tonggak kepada Malaysia.

Artikel lain: JAWI Diarah Siasat Kegiatan Zikir Pelik Di Kawasan Perkuburan – Mohd Na’im

“Usaha untuk memperkukuh serta memartabat syiar Islam di Malaysia adalah keutamaan Kerajaan Madani yang sedang dilaksanakan dengan penuh giat oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah,” kata Dr Mohd Na’im.

Dr Mohd Na’im menjelaskan usaha pengukuhan Islam telah digerakkan secara bersepadu bersama semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa agama Islam Negeri, agensi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Syazrina Muhamad Tahir)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Siapa sorok Titah Adendum? Demikian dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap kerajaan berhubung titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16,...

Politik

Tular di media sosial mengenai sepucuk surat pengesahan titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan supaya bekas...

Politik

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyindir pihak yang sebelum ini mengkritik beliau mengenai isu kewujudan Titah Adendum yang melibatkan bekas Perdana...

Sosial

Tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai di Indonesia kelihatan mirip pelakon utama drama bersiri popular Netflix, Squid Game, iaitu Lee Jung-jae yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd