Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kontroversi Bendera China Pada Replika Roket, Karnival Ditutup Serta-Merta

Karnival Fantasi Lampu LED di Tangkak diarahkan tutup serta-merta susulan kontroversi bendera negara China yang diletakkan pada sebuah replika roket di Festival Lampu LED di pekarangan Dewan Serbaguna Bukit Gambir, baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Majlis Daerah Tangkak menegaskan bahawa tindakan tersebut dilaksanakan kerana pihak penganjur didapati tidak mematuhi syarat-syarat penganjuran karnival yang dikenakan khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

Foto: Facebook Majlis Daerah Tangkak

“Rabu lalu, pihak MDT telah menerima aduan mengenai tindakan penganjur karnival yang mendirikan struktur terbabit.
“Oleh itu, tindakan menurunkan struktur di Dewan Serbaguna Bukit Gambir itu telah dibuat dan satu notis arahan pemberhentian serta- merta telah dikeluarkan oleh pihak MDT kepada penganjur pada Khamis.
“Ia selaras dengan Seksyen 14(1)(b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017 kerana perlanggaran syarat tersebut,” menurut kenyataan di Facebook, hari ini.

Foto: Facebook Majlis Daerah Tangkak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, hasil pemantauan lanjut yang dilakukan mendapati tiada lagi sebarang aktiviti karnival berlangsung dan didapati telah ditutup sepenuhnya.

“Pihak MDT sentiasa menggalakkan aktiviti perniagaan di kawasan pentadbiran MDT dengan mematuhi syarat yang berkaitan.
“Bagaimanapun, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang gagal mematuhi syarat khususnya yang menimbulkan kegelisahan umum,” katanya.

Foto: Facebook Majlis Daerah Tangkak

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib, pihaknya mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan dan memaklumkan kes itu masih dalam siasatan.

Menurutnya, polis menerima laporan polis semalam berkaitan rasa tidak puas hati terhadap gambar replika roket yang tertera logo bendera China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook Polis Daerah Tangkak

“Laporan polis itu dibuat kerana tidak puas hati berkenaan satu replika roket yang tertera logo bendera republik rakyat China di Festival Lampu LED di Dewan Serbaguna Bukit Gambir seperti disiarkan dalam satu Facebook.
“Pengadu juga telah membaca di ruangan komen daripada penduduk kawasan Bukit Gambir yang menimbulkan rasa tidak selesa dengan keberadaan replika roket menampilkan logo bendera republik rakyat China,” tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Roket Ada Bendera China

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Bendera China Pada Replika Roket Di Tangkak Dibimbangi Cetus Provokasi – UMNO Johor

Beliau berkata,  polis sudah memanggil pihak penganjur untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, polis menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Sebarang maklumat aktiviti jenayah boleh disalurkan menerusi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak 06-9785222.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat Matahari Height Senawang kelmarin hingga mengakibatkan 2 remaja maut selepas dirempuh sebuah kereta jenis...

Nasional

KUCHING, 6 MAC 2025 – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji...

Sosial

Tular di media sosial seorang makcik berbangsa Cina yang sanggup datang ke masjid untuk memberikan sedekah menerusi tabung masjid walaupun dipercayai bukan beragama Islam....

Bisnes

Hanya tujuh bulan beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang), syarikat penerbangan AirAsia pindah semula penerbangan domestik ke Lapangan Terbang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd