Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Cuepacs Ingatkan Penjawat Awam Elak Tambah Hutang Baharu Selepas Kenaikan Gaji SSPA

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengeluarkan peringatan kepada ahlinya agar tidak menambah hutang baharu selepas menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuatkuasa hari ini.

cuepacs

Foto: Astro Awani

Menurut laporan  Sinar Harian, presidennya, Datuk Dr Adnan Mat menyeru setiap anggota perkhidmatan awam untuk bijak berbelanja walaupun menikmati pelarasan kadar gaji baharu sebanyak lapan peratus bermula Disember 2024.

Beliau turut menekankan bahawa tiada keperluan untuk membuat pinjaman baharu atau pinjaman bertindih kerana dikhuatiri akan menjejaskan produktiviti akibat bebanan hutang yang melampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun mereka merasakan ini adalah hak mereka dalam membuat pinjaman baharu ataupun overlap, Cuepacs menyarankan ‘jangan’ dan ‘tidak’ kepada pinjaman kecuali kepada pinjaman perumahan untuk masa hadapan mereka,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan Warga Kompleks Pentadbiran Daerah Kuala Muda.

Artikel lain: Kenaikan Gaji: Anwar Mahu Semangat, Budaya Kerja Baharu Dalam Perkhidmatan Penjawat Awam

 

Sebaliknya, Adnan menegaskan agar anggota perkhidmatan awam terus mengekalkan kadar perbelanjaan biarpun terdapat kenaikan gaji menerusi pelaksanaan SSPA.

“Kekal ‘maintain’ dalam perbelanjaan biasa walaupun gaji naik malah hendaklah fokus kepada masa hadapan keluarga dalam bentuk penyediaan kemudahan terutama perumahan yang belum mereka miliki,” tambah Adnan.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adnan mendedahkan bahawa terdapat 3,000 penjawat awam di seluruh negara telah diisytiharkan muflis akibat bebanan hutang melampau.

Melalui pelaksanaan SSPA, pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa, dengan lapan peratus pada Disember 2024 dan tujuh peratus pada Januari 2026.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima pelarasan gaji tujuh peratus secara berfasa, dengan empat peratus pada Fasa 1 dan tiga peratus pada Fasa 2 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 Ogos lalu.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang jumpa Duta Besar China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing semalam di Pejabat Kedutaan China di Malaysia dalam...

Lokal

Seorang tukang sapu sebar serta jual kandungan video papar kegiatan ‘swinger’ telah didenda RM80,000 atas empat pertuduhan terlibat kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar...

Sukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan struktur organisasi baharu bagi skuad bola sepak negara, Harimau Malaya, hari ini. Perubahan itu bertujuan untuk memperkukuhkan pengurusan,...

Lokal

Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan syarikat aksesori teknologi pelindung Galado bekerjasama melancarkan koleksi edisi terhad buat kali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd