Baru-baru ini, kecoh dunia hiburan Korea Selatan apabila aktor Kdrama popular Jung Woo-Sung dilaporkan memiliki anak luar nikah bersama model sensasi iaitu Moon Ga-bi.
Menurut laporan media tempatan Korea, Dispatch melaporkan bahawa bapa kepada anak wanita itu adalah Woo-sung, selepas Ga-bi berkongsi mengenai cahaya mata yang dilahirkan pada April lalu.
Foto: Instagram @iamchocobi
Memetik laporan Soompi pula, dilaporkan bahawa kedua-dua mereka sebenarnya tidak pernah bercinta, dimana Woo-Sung tidak mahu berkahwin dengan Ga-bi, walaupun wanita itu mahukan perkahwinan.
Menurut syarikat pengurusan Woo-Sung iaitu Artist Company ketika ditemu bual oleh Xport News, dia dilaporkan sudah berjumpa dengan Ga-bi untuk melakukan perbincangan mengenai anak mereka itu.
“Anak yang didedahkan oleh Ga-bi di akaun media sosialnya adalah anak kandung kepada Woo-Sung.
“Kami sedang berbincang mengenai cara terbaik untuk membesarkan anak tersebut dan beliau akan melakukan yang terbaik sebagai seorang bapa.
“Kami tiada apa lagi untuk disahkan. Ini adalah soal kehidupan peribadi pelakon tersebut,” katanya menerusi Xport News pada Ahad.
Foto: Carian Google
Pasangan itu dilaporkan mulai rapat pada tahun 2022, namun tidak pernah menjalinkan hubungan secara rasmi.
Memetik laporan Times Now pula, makin mengejutkan apabila Woo-Sung sebenarnya mempunyai kekasih bukan dalam kalangan selebriti.
Namun, timbul persoalan sama ada Woo-Sung mengadakan hubungan intim dengan Ga-bi ketika dia sedang menjalani hubungan dengan kekasihnya kini.
Foto: Wolipop
Dilaporkan juga bahawa kekasihnya tidak tahu tentang kewujudan anak luar nikah tersebut, dan kini dia berada dalam keadaan terkejut.
Sumber: Soompi, Times Now, Xportsnews, Instagram @iamchocobi