Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FAM Rehatkan Dua Pengadil Pada Aksi JDT-Perak

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan merehatkan pengadil dan video bantuan pengadil (VAR) yang mengendalikan aksi Liga Super pertemuan Johor Darul Ta’zim dengan Perak, Ahad lalu.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tiger

Menurut laporan Buletin TV3, FAM mengambil tindakan tersebut selepas pengadil tersebut didapati gagal membuat keputusan yang tepat pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram menjelaskan Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil membuat analisis insiden penalti pada minit ke-38 dan pergelutan pada minit ke-84 melibatkan pemain JDT, Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak Tommy Mawat Bada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata analis insiden tersebut dibuat mengikut undang-undang permainan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), namun keputusan pengadil dan VAR didapati kurang tepat.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengadil FAM mengambil keputusan untuk merehatkan pengadil dan pengadil VAR terbabit sebanyak dua perlawanan daripada sebarang tugas pengadil di liga profesional dan liga amatur.
“Selain direhatkan bagi dua perlawanan, kedua-dua pengadil terbabit juga akan dirujuk ke fasa pemulihan dan pemurnian sebelum diberikan semula tugas pengadil,” katanya.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tiger

Pemilik skuad JDT, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) berpendapat pengadil seharusnya melayangkan kad merah kepada Arif Aiman dan Tommy selepas insiden pergaduhan pada pertembungan dua pasukan itu.

Tambahan lagi, TMJ berpandangan sepakan penalti sepatutnya diberikan kepada Perak selepas kekasaran yang dilakukan pemain JDT, Feroz Baharudin terhadap Clayton Silveira pada minit ke-38.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“FAM juga perlu berhati-hati dengan tahap hukuman yang lebih lama dan berat kerana liga profesional negara menggunakan teknologi VAR, yang mana semua pegawai perlawanan yang dilantik wajib memiliki lesen VAR.
“Dalam situasi ini, hukuman berprinsip pendidikan amat sesuai untuk memastikan liga berjalan dengan lebih lancar. Polisi seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah ia diguna pakai di peringkat FIFA, AFC dan kebanyakan liga ternama di dunia,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang...

Lokal

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

Nasional

Kontinjen FELDA Malaysia, iaitu anak-anak muda cilik dari Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh Kuantan, Pahang berjaya menjadi wakil negara di World Robot Games 2024...

Lokal

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seekor lipas bebas berkeliaran di dalam tempat penyimpanan sushi sehingga berjaya menangkap perhatian warganet di media sosial. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd