Sebanyak 80 peratus daripada 300 pengunjung yang berhibur di kelab malam Genting Discotheque dikendalikan Genting Hotel pada malam hujung minggu, majoriti dihadiri rakyat Malaysia terutama dari Kelantan.
Foto: Facebook Genting Discotheque
Menurut laporan Kosmo!, Pengarah Urusan Genting Hotel, Sompoch Hongkittiyanonta berkata, kebanyakan golongan muda dari Kelantan akan menginap dan berhibur di kelab malam hotel.
“Pengunjung yang datang untuk berhibur mesti berusia 20 tahun ke atas. Segala jenis dadah juga dilarang untuk dibawa masuk semasa mereka berhibur di sini. Kelab malam ini juga sering dipantau oleh polis tempatan.
“Genting Discotheque mampu memuatkan seramai 300 pelanggan dalam satu-satu masa terutamanya pada malam minggu. Hampir 80 peratus pengunjung berhibur di sini datang dari Malaysia khususnya Kelantan,” katanya.
Foto: Facebook Genting Discotheque
Sompoch menyatakan bahawa pihaknya menyediakan lokar atau almari yang boleh dikunci di pintu masuk kelab malam itu untuk menyimpan senjata api milik pengunjung.
Bukan itu sahaja, terdapat juga polis dan pegawai kerajaan yang mempunyai lesen untuk memiliki pistol atau senjata api datang untuk berhibur di kelab malam hotel tersebut.
“Oleh itu, kita menyediakan lokar untuk penyimpanan kerana senjata api tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke Genting Discotheque.
“Kelab malam ini dibuka bermula pukul 10 malam hingga 2 pagi. Tiket untuk masuk ke sini adalah 350 Bath atau RM35 beserta segelas air percuma.
“Perlu diingatkan, pelanggan yang berusia 20 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk. Jadi, tidak benar ada dakwaan yang mengatakan pelajar sekolah datang untuk berhibur di sini,” ujarnya.
Foto: Kosmo!
Sekadar info, terdapat puluhan pub-pub kecil yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk berhibur di sekitar pekan Sungai Golok.
Difahamkan hanya kelab malam di Genting Hotel merupakan antara tiga buah pub yang paling popular di Sungai Golok selain Marina Hotel dan Riviera.
Sumber: Kosmo!