Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Terbabit 44 Kes Tebuk Peti Besi, Empat Penjenayah Warga Vietnam Maut Ditembak

Empat penjenayah warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes tebuk peti besi di Lembah Klang, sejak 2018 ditembak mati oleh pihak polis.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Berita Harian, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menembak keempat-empat suspek ketika menyerbu unit kediaman di tingkat 17, sebuah residensi mewah Jalan Imbi, Bukit Bintang, jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menjelaskan bahawa kesemua suspek berusia 40-an didakwa cuba melepaskan tembakan ke arah pihak polis daram Operasi Tebuk (Op Tebuk) tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika proses melakukan tangkapan cuba dibuat, suspek dikesan melepaskan tembakan secara tiba-tiba sehingga berlaku situasi berbalas tembakan dan dalam usaha mempertahankan diri, polis dapat menembak mati kesemua mereka.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang digunakan untuk menyerang polis,” katanya di lokasi kejadian.

Foto: Utusan Malaysia

Rusdi menyatakan hasil siasatan yang mendapati suspek dipercayai kerap keluar dan masuk ke Malaysia dan telah mengaut RM5.3 juta hasil jenayah pecah rumah, pecah pejabat sebelum menebuk peti besi dari premis yang menjadi sasaran mereka.

Beliau berkata, suspek kebiasaannya menyasarkana pejabat dan kediaman tanpa penghuni setelah melakukan pemerhatian sebelum menjalankan rancangan jenayah tersebut.

“Kali terakhir suspek dilaporkan melakukan jenayah, yang terbaru dua hari lalu Sri Hartamas, di sini sebelum kembali menyembunyikan diri di lokasi yang diserbu malam ini.
“Kita juga percaya mereka ini menjadikan unit kediaman mewah di sini sebagai tempat perancangan jenayah, berehat serta menyembunyikan diri.
“Daripada siasatan, suspek yang mempunyai pasport ini sangat popular (berbahaya) dan sangat susah untuk ditahan kerana kelicikan mereka.
“Mereka ini melakukan jenayah pada waktu malam dan tidak meninggalkan kesan dan apabila wajah mereka terakam pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ianya agak sukar untuk dikenal pasti disebabkan mereka warga asing ,” katanya.

Beliau turut berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan saki-baki kumpulan ini dan juga dalam proses melengkapkan siasatan atas jenayah yang mereka lakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat kesemua suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi tujuan bedah siasat.

Sumber: Berita Harian (Safeek Affendy Razali)

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Alias Awang, 44, merupakan bekas pekerja pembinaan yang didakwa diserang empat individu termasuk seorang kerabat diraja menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal...

Spotlight

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang...

Lokal

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

Politik

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kerana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd