Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiada Lagi Jualan, Kenderaan Guna NGV Mulai Julai 2025 – Kementerian Pengangkutan

Bermula 1 Julai 2025, Kementerian Pengangkutan mengumumkan larangan penggunaan semua kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) sebagai bahan api di jalan raya.

Menurut laporan Kosmo!, Menterinya, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan Jemaah Menteri memutuskan keputusan tersebut selepas mengambil kira keselamatan terhadap pengguna dan orang ramai.

Foto: Kosmo!

“Terdapat dua kategori kenderaan motor yang menggunakan bahan api NGV iaitu kenderaan dikuasakan petrol yang diubah suai dengan kit atau komponen bagi penambahan penggunaan bahan api NGV (dual-fuel) dan kedua ialah kenderaan import khusus menggunakan NGV sahaja (mono-fuel).
“Daripada dua kumpulan kenderaan itu, terdapat lebih kurang 44,383 kenderaan aktif yang berdaftar dengan bahan api NGV di dalam rekod JPJ bagi tempoh tiga tahun,” katanya ketika sidang akhbar Sesi Pengumuman Dasar Penggunaan Kenderaan NGV di Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV) telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV untuk memudahkan pemilik kenderaan NGV beralih kepada bahan api alternatif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: malaymail

Menurutnya lagi, program bantuan khas ini dibuka kepada tiga kumpulan utama yang terjejas iaitu pemandu teksi NGV, pemilik kenderaan yang menggunakan NGV sepenuhnya, dan mereka yang menggunakan sistem dwi bahan api NGV.

“Pakej bantuan peralihan kepada pemandu teksi NGV yang layak akan diberikan dalam bentuk e-baucar sebanyak RM3,000 melalui aplikasi Setel secara one-off.
“Sehubungan itu, supaya Petronas menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat di dalam pasaran Malaysia sebelum penamatan sepenuhnya juga mulai 1 Julai 2025,” katanya.

Foto: Astro Awani

Pemandu teksi NGV yang ingin mendapatkan bantuan ini perlu membuktikan mereka mempunyai dokumen sah dari APAD, iaitu Kad Pemandu dan Permit Kenderaan, di samping rekod perkhidmatan aktif dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024, seperti yang dinyatakan oleh beliau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk mengelakkan penyalahgunaan, hanya pemandu teksi NGV yang berdaftar sebelum 30 September 2024 layak menerima bantuan one-off yang akan dikreditkan dalam tempoh 15 hingga 30 hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Program tersebut menawarkan perkhidmatan percuma untuk menanggalkan kit NGV, termasuk tangki, di bengkel-bengkel berdaftar bagi kenderaan dwi-bahan api yang telah didaftarkan dengan JPJ dan aktif dalam tempoh 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2024.

Program bantuan peralihan itu turut menawarkan pembayaran one-off berdasarkan penilaian bebas terhadap nilai semasa kenderaan kepada pemilik kenderaan bahan api tunggal NGV yang berdaftar dengan JPJ dan aktif dalam tempoh 1 Oktober 2021 hingga 30 September 2024.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan....

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Lokal

Polis sahkan pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UiTM, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi yang meninggal dunia ketika menjalani latihan pada 13 November lalu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd