Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bekal Elektrik Hijau Ke Negara Jiran, Kerajaan Setuju Tubuhkan ENEGEM – PETRA

Kerajaan bersetuju menubuhkan Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) bagi melaksanakan perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke negara jiran.

Menerusi satu kenyataan, urusan perdagangan tenaga merentas sempadan ini akan dilaksanakan berpandukan “Guide for Cross-Border Electricity Sales (CBES)” terkini yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Foto: Google

“Selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara serta komitmen Malaysia untuk menyokong inisiatif integrasi bekalan elektrik serantau melalui ASEAN Power Grid,” kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.

PETRA turut mempelawa pihak berminat dan berkelayakan untuk menyertai proses bidaan pembelian bekalan elektrik hijau daripada sistem bekalan elektrik Malaysia untuk disalurkan ke sistem bekalan elektrik Singapura menerusi platform ENEGEM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pembidaan bagi perdagangan bekalan elektrik hijau merentas sempadan ke Singapura ini akan dimulakan dengan pelaksanaan projek rintis berjumlah 100 megawatt (MW) menggunakan rangkaian infrastruktur sambung tara sedia ada antara Semenanjung Malaysia dan Singapura,” ujarnya.

Sementara itu, PETRA menyatakan intipati pelaksanaan proses bidaan bagi pembelian bekalan elektrik hijau di bawah skim perintis ini adalah terbuka kepada Pembida Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang mempunyai lesen penjanaan atau lesen peruncitan bekalan elektrik untuk pasaran Singapura.

Foto: CleanMalaysia.com

“Pembida TBB yang berminat perlu berdaftar dengan Single Buyer untuk menyertai proses bidaan yang dilaksanakan.
“Pembida TBB yang memohon untuk didaftarkan akan dinilai menerusi proses pra-kelayakan. Mereka yang berjaya akan mendapat notifikasi untuk melakukan bidaan pembelian Bekalan Elektrik Hijau pada hari bidaan,” katanya.

Tambah PETRA, pembida yang berjaya akan menandatangani Perjanjian Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu (RE Supply Agreement) dengan Single Buyer untuk urusniaga bekalan elektrik hijau yang telah berjaya dibida.

“Pembida TBB yang berminat boleh mendaftarkan penyertaan melalui laman sesawang PETRA atau Single Buyer mulai 16 April 2024,” tambahnya.

Pelaksanaan bidaan melalui platform ENEGEM ini membolehkan Malaysia memperkukuhkan lagi kerangka kerja pembekalan elektrik merentas sempadan sekali hus membuka peluang pembangunan serta kerjasama bidang TBB yang lebih luas melalui perdagangan TBB merentas sempadan antara negara ASEAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Lokal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain. Menerusi...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd