Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Tujuh Enakmen Sama Dengan Kelantan, Akan Rujuk Sultan Kedah” – Sanusi

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu terdapat tujuh enakmen dalam undang-undang syariah negeri pentadbirannya sama dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan, Jumaat lalu.

Menurut laporan Berita Harian, pemimpin yang berusia 50 tahun itu akan mengkaji kesan pembatalan pengisytiharan 16 kesalahan syariah terbabit ke atas undang-undang syariah negeri tersebut.

Jelasnya lagi, tindakan lanjut akan diambil selepas beliau merujuk dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dalam tempoh terdekat.

Tujuh enakmen sama dengan Kelantan

Artikel lain: Kerajaan Tak Masuk Campur Kanun Jenayah Syariah Kelantan – Anwar

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan negeri sudah semak, ada tujuh enakmen yang sama dengan Kelantan. Kita akan kaji kesan perundangan bersabit keputusan Mahkamah Persekutuan.
“Kita akan ambil tindakan yang wajar untuk perkukuhkan undang-undang syariah di negeri ini. Akan rujuk Tuanku Sultan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan serta menamakan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden tunggal.

Mereka mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 serta mendakwa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan terbabit kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah adalah:

Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat

Seksyen 14: Liwat

Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia

Seksyen 31: Gangguan seksual

Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu

Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bahagian 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat

Seksyen 40: Melaksanakan transaksi yang bertentangan dengan ‘hukum syarak’ (undang-undang syariah)

Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga melalui riba

Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan

Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

Dua peruntukan kesalahan adalah sah iaitu:

Seksyen 13: Menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral

Seksyen 30: Perkataan yang boleh memecahkan keamanan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (M Hifzuddin Ikhsan)

+ posts

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang guru agama dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di...

Lokal

Ratu cantik Malaysia berjaya menawan Puncak Mera di tengah-tengah Banjaran Himalaya, Nepal sehingga kehilangan jari akibat luka beku. Memetik laporan Bernama, Datin Harveen Kaur...

Dunia

Gergasi farmaseutikal, AstraZeneca mengakui bahawa vaksin Covid-19 yang dibangunkan bersama Universiti Oxford boleh menyebabkan kesan sampingan selepas didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam...

Lokal

Syarikat pengeluaran kereta, Chery Auto Malaysia mencadangkan temu janji untuk menjalankan pemeriksaan rapi kepada pelanggan khuatir rentetan gandar belakang kereta yang patah baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd