Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

400,000 Peminjam PTPTN Tidak Pernah Bayar Balik, Nilai Pinjaman Cecah RM5 Bilion

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mendedahkan seramai 400,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum pernah membuat sebarang bayaran balik pinjaman pendidikan mereka, walaupun telah tamat pengajian sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, jumlah keseluruhan tunggakan daripada kumpulan ini dianggarkan mencecah RM5 bilion, sekali gus membimbangkan pihak kerajaan yang sedang berusaha mengekalkan kelestarian dana pendidikan tinggi negara.

Foto: Utusan Malaysia

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, data yang diperoleh itu bukan membabitkan graduan baru menamatkan pengajian dalam tempoh dua atau tiga tahun lalu.

“Ini membabitkan mereka yang dari hari pertama (selepas tamat pengajian) sampai sekarang. Ini bukan yang baru tamat pengajian satu atau dua tahun lalu tapi ada yang sudah 20 tahun tak bayar.
“Kumpulan tegar ini selepas 10 tahun yang tak pernah bayar sekali pun. Ia membabitkan 400,000 orang peminjam dengan nilai pinjaman RM5 bilion.
“Saya pernah tanya mereka (peminjam yang tidak pernah bayar), berapa yang awak boleh bayar. Dia cakap RM70 boleh tak? Dan saya jawab RM70 pun takpe asal bayar,” katanya.

Zambry turut berkongsi bahawa isu ini pernah dibangkitkan dalam sesi perbahasan Dewan Negara baru-baru ini, dimana semua pihak termasuk kerajaan pembangkang sebulat suara menyokong supaya tindakan tegas diambil terhadap pemintam tegar yang enggan membayar.

“Seramai 12 orang Ahli Dewan Negara bangun menyuarakan pandangan dan menyokong agar langkah tegas diambil bagi menangani isu ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd. Khalid menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa terbuka untuk berunding dengan peminjam dalam usaha memudahkan proses pembayaran balik tanpa membebankan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“PTPTN menyediakan pelbagai pelan penstrukturan semula pinjaman. Jika tunggakan terlalu tinggi, kami akan minta bayaran pendahuluan yang munasabah dan semuanya boleh dibincangkan,” tambahnya.

Menurut Mastura, bayaran balik ditentukan berdasarkan slip gaji peminjam dan biasanya hanya sekitar lima hingga enam peratus daripada pendapatan bulanan mereka.

Malah, umur peminjam juga diambil kira, contohnya sekiranya seseorang berusia 40 tahun, tempoh bayaran boleh dilanjutkan sehingga umur 60 tahun.

“Matlamat kami bukan untuk menghukum, tetapi untuk memastikan peminjam boleh melunaskan hutang secara berperingkat dan berpatutan,” jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd. Husni Mohd. Noor)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd