Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

36 Individu Kini Diburu Polis, Terlibat Pelbagai Jenayah Serius

36 Individu Kini Diburu Polis

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua individu berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur membabitkan kes bunuh, rogol, samun berkumpulan, pecah rumah, menyamar penjawat awam dan gangguan seksual.

36 Individu Kini Diburu Polis

Menurutnya, antara individu lain yang dikesan ialah Low Lye Huat, Billy Leong Li Sun, Magesan Salva Coma, V Vadivelu Varatharaju, Muhammad Saeful Bahri Imbran serta Annannakais Abdul Rahim.

“Turut dikesan Muhd Ammar Haziq Zulkifli, Esvaran Muniandy, Mohd Fadli Saludin, Andry Heriady Nazari, Sateshwaran Jaintheran, Yap Kah Tatt dan Nor Azam Jemain,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

 

Screenshot

Screenshot

Beliau berkata, individu lain yang sedang dikesan termasuk Kartik V Manimaran, Ahmad Budiman Mohamad Rosdi, Ha Kuan Min, Meor Zaini Basir, Low Kiat Soon, Tengku Abdul Muien Tengku Al-Faizzam, Rahimafdzi Abd Rahim, Che Muhamad Faizal Che Hassan, Hamzah Talib dan Rosmadi Shafie.

“Polis turut mengesan Kumeresan Ganesan, Ooi Choon Wai, Ravi Kumar Krishnan, Ngai Chan Hong, Mohammad Bhukori, Sarvin Raaj Karthikesu, Sundarasen G. Santhiran, Ibnolhafis Aswad, Muhammad Fikri Ab Jalel dan Muhammad Amiruizat Shamsuddin,” katanya.

Screenshot

Screenshot

Rusdi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302, 376, 395, 397, 457, 326, 324, 354, 365 dan 170 Kanun Keseksaan selain Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 serta kes di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Screenshot

Screenshot

Artikel lain: Eksekutif Bank Ditemukan Maut Dengan Tiga Kesan Tikaman, Anak Lelaki Diburu

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mana-mana individu terbabit diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Deputi Superintenden K Rajkumar dari Bahagian D4 JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-21460613 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Screenshot

Polis menegaskan kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan kesemua suspek dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: FB Polis KL

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Lokal

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok, Indonesia sejak 18 tahun lalu akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu, selepas sekian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd