Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

15,000 Dijangka Sertai Himpunan ‘Turun Anwar’, Polis Kerah 2,000 Anggota Kawal Keselamatan

Sekitar 15,000 peserta dijangka turun padang dalam perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini, dengan lebih 2,000 anggota polis dikerahkan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran acara terkawal.

Himpunan ‘Turun Anwar’

Menurut laporan Kosmo!, pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihak penganjur telah pun menghantar notis rasmi kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memaklumkan tentang penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Berdasarkan unjuran awal dari Cawangan Khas PDRM, kehadiran peserta dijangka mencecah antara 10,000 hingga 15,000 orang,” katanya.
turun anwar

Foto: thesun.my

Menurut beliau, peserta akan mula berkumpul di empat lokasi utama sebelum bergerak ke Dataran Merdeka iaitu di pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan juga Pasar Seni.

Artikel lain: 80 Anggota Polis Dikerah Pantau Himpunan Melayu Berdaulat Di Kuala Lumpur

Mohamed Usuf menegaskan, bagi Himpunan ‘Turun Anwar’ ini, pihak polis menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam undang-undang, namun pada masa sama mengingatkan supaya tidak berlaku sebarang provokasi atau perlanggaran undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berucap tak ada masalah, tapi kalau ada unsur hasutan, sentuh isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja), atau cetus provokasi, kita tak akan berdiam diri,” ujarnya.
turun anwar

Foto: Carian Google

Tambah beliau lagi, setakat ini tiada sebarang penutupan jalan dijaudualkan, namun pemantauan ketat akan dijalankan bagi memastikan keselamatan orang ramai dan kelancaran lalu lintas sepanjang perhimpunan.

Sumber: Kosmo! (Muhammad Najieb Ahmad Fuad)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd