Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

ZUS Coffee Siasat Insiden Tular Barista Disimbah Minuman

ZUS Coffee mengesahkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung satu insiden yang berlaku di salah sebuah cawangannya semalam, susulan penularan sebuah video di media sosial melibatkan interaksi antara pelanggan dan barista perempuan yang digelar ‘zurista’.

Dalam kenyataan hari ini,  rangkaian minuman kopi popular itu menegaskan bahawa semua kakitangan serta komuniti pelanggan merupakan keutamaan dalam setiap operasi dan menolak sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan keselamatan atau kesejahteraan warga kerja mereka.

Menurut ZUS Coffee, siasatan menyeluruh telah dimulakan, selain memberikan sokongan penuh kepada pekerja terlibat yang kini sedang berehat dan memulihkan diri daripada insiden berkenaan.

“Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah, dan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Kita semua hanyalah manusia yang mencuba sedaya upaya,” tulisnya.

ZUS Coffee dalam masa sama menggesa orang ramai supaya menghormati privasi semua pihak terlibat serta tidak berkongsi semula video tersebut tanpa kebenaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat itu turut menasihatkan masyarakat agar mengelakkan penyebaran maklumat palsu yang boleh menjejaskan ketelusan siasatan.

“Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perilaku yang tidak menghormati komuniti kami. ZUS akan terus komited mewujudkan persekitaran kerja dan ruang pelanggan yang selamat,” menurut kenyataan itu lagi.

Terdahulu, zurista tersebut disimbah minuman oleh pelanggan wanita sambil mengeluarkan kata-kata kesat dipercayai akibat daripada kelewatan dalam menyediakan pesanan.

Menurut netizen, pelanggan tersebut dipercayai berasal dari China, berdasarkan loghat yang dituturkan.

Sumber: Facebook ZUS Coffee

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd