Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

ZRA Syukur Selamat Kembali Ke Tanah Air, Terpaksa Pulang Awal Kerana Keletihan

Aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA yang memilih untuk tidak mengikuti sambutan kepulangan delegasi Malaysia di KLIA bersyukur selamat kembali ke tanah air.

Syukur selamat kembali ke tanah air

Menerusi hantaran terbaru beliau di media sosial, ZRA mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang meraikan kepulangan delegasi Malaysia dan menjelaskan mengapa dirinya memilih untuk pulang terlebih dahulu.

 

Syukur selamat kembali ke tanah air, terpaksa pulang awal

Ujar wartawan terbabit, beliau memilih segera kembali ke rumah atas faktor keletihan dan bersiap sedia untuk bersiaran langsung di platform media sosial, ZRA Strim bagi kembali mengulas berkenaan isu Gaza.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih semua yang mendoakan dan yang meraikan Global Sumud Flotilla dan Global Sumud Nusantara,”
“Saya selamat kembali dan terpaksa segera ke studio kerana semalam saya keletihan dan kita sudah tidak bersiaran langsung selama tujuh hari,”

Kembali Ke Tanah Air

Akan terus kembali ke studio

Tambah beliau yang sudah pun kembali ke studio untuk bersiarang langsung, isu Palestin akan terus dibicarakan memandangkan ia masih berlangsung dan perkara itu sudah dilaksanakan oleh ZRA sejak dua tahun lalu.

Tegasnya, isu Palestin ini akan terus disebut sehingga negara berkenaan merdeka dari cengkaman penjajah.

“Kita akan terus memperjuangkan kisah Palestin seperti yang kita lakukan sejak 7 Oktober 2023 dan hari ini genap 731 hari kita tak pernah berhenti strim mengenai Palestin sama ada di Facebook ataupun TikTok,
“Kita akan teruskan juga sehingga isu Palestin ini selesai,”

Terima kasih kepada semua yang menyokong

Dalam pada masa yang sama, ZRA turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada GSF dan GSN.

Beliau menitipkan pesan supaya terus-terusan memperjuangkan Palestin sehingga isu ini beroleh kemenangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kepada semua yang menyokong Global Sumud Nusantara dan Global Sumud Nusantara saya ucapkan terima kasih dan kita akan terus berjuang mengisahkan tentang Palestin dalam naratif ZRA Strim hari ini sehingga merdeka,” ujarnya.

Artikel lain: GSF : Zainal Rashid Ahmad Pulang Ke Rumah Secara Senyap – “Dia Tak Mahu Dipuji, Disanjung”

Terdahulu, kemunculan ZRA dalam sambutan kepulangan para delegasi Malaysia dicari-cari ramai namun beliau memilih untuk terus pulang.

Sumber: Facebook ZRA Strim 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Lokal

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi...

Sosial

Seorang kanak-kanak, Muhammad Yusof meninggal dunia secara mengejut dalam kejadian bulan lalu yang didakwa akibat kecuaian pihak klinik yang tidak dapat menyediakan bekalan oksigen...

Sukan

Penggantungan Datuk Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah tamat, sekali gus membolehkan beliau kembali menggalas tanggungjawab itu berkuat kuasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd