Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kecederaan Masih Belum Pulih? Zii Jia Tarik Diri Terbuka Jepun

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia sah menarik diri daripada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 yang akan berlangsung 15 hingga 20 Julai ini.

Perkembangan terbaharu itu dipaparkan di laman sesawang Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang memaklumkan pemain berusia 27 tahun berkenaan tidak akan beraksi di kejohanan tersebut, namun hingga kini tiada kenyataan rasmi daripada Team LZJ mengenai penarikan diri itu.

Zii Jia tarik diri

Zii Jia tarik diri

Zii Jia mengalami kecederaan buku lali semasa Jelajah Akhir Dunia pada Disember lepas dan kembali bertanding pada Mac di Orleans Masters tetapi terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen 23-21, 21-7.

Beliau kemudian beraksi di Kejohanan Seluruh England 2025 di Birmingham dari 11-16 Mac yang menyaksikan Zii Jii tersingkir di pusingan pertama kepada wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long, 21-19, 16-21, 12-21.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain ranking kelapan dunia itu kemudian menarik diri daripada menyertai Terbuka Swiss 2025 berlangsung di Basel, Switzerland pada 18-23 Mac lepas, susulan kecederaan buku lali tersebut.

Artikel lain: Posting Penuh Misteri Lee Zii Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

Hantaran lakaran misteri, Zii Jia dalam keadaan baik

Sabtu lepas, Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan Zii Jia berada dalam keadaan baik dan tiada perkara yang perlu dibimbangkan mengenai tindakannya berkongsi beberapa lakaran misteri di media sosial pada Jumaat.

Ketua Pengarah MSN Jefri Ngadirin berkata pihaknya, selain Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sudah menghubungi Team LZJ bagi mendapatkan kepastian mengapa pemain itu bertindak sedemikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran misteri dibuat Zii Jia kini mengumpul lebih 131,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian berkenaan termasuk wujud dakwaan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mungkin sedang berdepan masalah kesihatan peribadi atau mental.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd