Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Apa Kesalahan Saya?” -Zambri Vinoth Nafi Lari, Sedia Bertemu Sendiri KPN Jika Perlu

Individu yang menjadi perhatian ramai, Zamri Vinoth tampil menafikan dakwaan kononnya dirinya melarikan diri selepas namanya dikaitkan dengan siasatan pihak berkuasa berkaitan beberapa isu tular sebelum ini.

“Kenapa saya pula nak kena tuduh?”

Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, beliau mempersoalkan mengapa hanya dirinya dipersalahkan sedangkan menurutnya tiada sebarang kejadian keganasan berlaku hasil daripada kenyataan yang dibuat.

“Kenapa hanya saya pula nak kena tuduh? Apa kesalahan saya? Apa yang saya hasut? Tak ada pun orang kita yang pergi serang sesiapa? Tak ada pun pergi bakar kereta sesiapa? Tak ada pun pergi serang rumah sesiapa?
“Rayer yang menghasut! Arun yang menghasut! David Marshall yang menghasut sehingga ada serangan, bakar kereta dan pecah rumah! Tetapi tak ada pertuduhan di pihak mereka?
“Kenapa pula saya nak lari? Saya dah pernah cakap banyak kali kalau nak tangkap saya tangkap Rayer juga dan sekarang kalau nak dakwa saya maka dakwa mereka juga!” tulisnya.

Sedia berjumpa IGP

Tambahnya lagi, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan malah sanggup bertemu Ketua Polis Negara, Mohd. Khalid Ismail sekiranya diperlukan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Saya sendiri akan pergi jumpa IGP jika perlu InsyaAllah…saya tak lari dan tiada keperluan pun untuk lari!”ujarnya.

Artikel lain: PDRM Sahkan Zamri Vinoth & Tamim Dahri Dipercayai Melarikan Diri Ke Thailand

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa Zambri Vinoth dan Tamim Dahri dipercayai melarikan diri ke Thailand dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan termasuk bekerjasama dengan polis Thailand.

Difahamkan, mereka merupakan individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkaitan ketenteraman awam dan sensitiviti agama.

Sumber: Facebook Zambri Vinoth

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd