Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wisma Putra Pantau Situasi Caracas, Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini

Kementerian Luar mengesahkan setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas susulan insiden keselamatan di Caracas, Venezuela, yang berlaku pada awal Sabtu.

Wisma Putra pantau rapi perkembangan semasa ibu negara Venezuela

Dalam satu kenyataan media, kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan pihaknya sedang memantau rapi perkembangan semasa di ibu negara Venezuela itu bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa terpelihara.

“Kementerian sedang aktif mendapatkan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kami.
“Kami akan terus memantau keadaan dan memberikan maklumat lanjut jika perlu,” menurut kenyataan itu.

wisma putra

Venezuela isytihar darurat

Terdahulu, Venezuela dilaporkan mengisytiharkan darurat susulan serangan udara yang menyasarkan Caracas, berdasarkan laporan media antarabangsa.

Artikel lain: SPRM Dedah Ada Individu Lain Terbabit Rasuah Libatkan Pegawai Kanan Tentera Darat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerusi hantaran di platform Truth Social mendakwa Presiden Venezuela, Nicolas Maduro bersama isterinya telah ditahan dan diterbangkan keluar dari negara itu susulan serangan yang dilancarkan AS ke atas Venezuela.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Sosial

Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah, berkongsi perasaan rendah diri dan kesukaran menepati harapan masyarakat terhadap lelaki menerusi hantaran di platform Threads. Ojen...

Lokal

Dua lelaki dipercayai mempunyai hubungan beranak bapa-anak ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat dan dibuang di...

Lokal

Aktivis Tamim Dahri dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tenang walaupun kini direman selama dua hari, malah tetap menunjukkan semangat tinggi untuk meneruskan perjuangannya....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd