Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Baru Dua Tahun PM Anwar Pimpin, Wanita Indonesia Kagum Kejayaan Malaysia Tangani Kos Sara Hidup

Tular sebuah video di laman X memaparkan seorang wanita Indonesia berkongsi rasa kagum dan sedikit cemburu terhadap pelbagai inisiatif kebajikan yang sedang dinikmati rakyat Malaysia.

Wanita Indonesia kagum kejayaan Malaysia

Dalam video berdurasi sekitar seminit lebih itu, wanita tersebut membandingkan kos hidup di negaranya dengan Malaysia, khususnya mengenai harga petrol.

Menurutnya, ketika harga bahan bakar minyak (BBM) di Indonesia mencecah sekitar Rp13,250 seliter, rakyat Malaysia hanya membayar sekitar RM2.05, malah baru-baru ini diturunkan lagi ke RM1.99 seliter.

“Padahal upah minimum regional (UMR) di Malaysia itu lebih tinggi dari kita, 6.5 juta (rupiah), tapi harga BBM mereka bisa murah gitu,” katanya dengan nada hairan dan kagum.

Malah, wanita itu turut menyentuh pelbagai bantuan lain yang menurutnya membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antaranya adalah tol yang masih disubsidi dan tidak dinaikkan, bantuan tunai RM100 untuk membeli barangan keperluan dan diskaun sehingga 30% untuk barangan dapur di bawah inisiatif khas kerajaan MADANI.

Artikel lain: Pengumuman PM Anwar: Ramai Ucap Terima Kasih, Luah Rasa Syukur

Wanita Indonesia

Lebih menarik, dia mengaitkan keberhasilan ini dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Baru dua tahun jadi Perdana Menteri, tapi bisa nurunin inflasi, naikin lapangan kerja, dan turunin pengangguran. Ini bisa terjadi kalau ada pemimpin yang jujur dan bijak,” katanya lagi.

Bukan mahu banding, tapi ambil inspirasi – Wanita Indonesia

Namun, wanita itu menegaskan bahawa videonya bukan bertujuan membanding-banding secara negatif, sebaliknya sebagai satu seruan agar rakyat Indonesia dan pemerintah dapat mengambil inspirasi daripada negara jiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semoga Indonesia bisa mencontoh yang bagus dari Malaysia… Supaya kita juga bisa hidup makin sejahtera,” katanya di penghujung video.

Wanita Indonesia

Terdahulu, Anwar mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Beliau turut mengumumkan perluasan program Jualan Rahmah, pengekalan kadar tol serta penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 susulan subsidi bersasar.

Sumber: X Marchfoward

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd