Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah mengambil keterangan seorang wanita yang didakwa mempunyai dua suami bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan pada Ahad.
Keluarga suami buat laporan
Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Mohd. Asri Mat Daud berkata, wanita terbabit hadir ke Pejabat Agama Tanah Merah untuk memberikan penjelasan berkaitan dakwaan tersebut.

Foto: Carian Google
Meneurut beliau, siasatan masih berada di peringkat awal dan pihaknya sedang meneliti setiap keterangan yang dikemukakan sebelum sebarang tindakan diambil.
“Kita akan meneliti semua fakta yang diperoleh terlebih dahulu mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.
Artikel lain: Dimadukan Isteri? Suami Pertama Cabar Suami Kedua Pergi Pejabat Agama
Terdahulu, tular dakwaan seorang wanita yang dikatakan berkahwin dengan dua lelaki selpeas ahli keluarga salah seorang suaminya tampil membuat laporan apabila mendapati perkahwinan kedua wanita itu telah berlangsung sejak lebih setahun lalu.
Kisah terbongkar apabila seorang wanita dikenali sebagai Nur, 35 bersama dua anggota polis serta beberapaa penduduk menyerbu sebuah rumah di Batu 11 di Kota Bharu pada 6 Disember lalu yang dipercayai menjadi kediaman lelaki kedua wanita tersebut.

Foto: Kosmo!
Susulan itu, Mohd. Asri berkata, JAHEAIK telah membuka siasatan di bawah Seksyen 38 dan Seksyen 40 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002.
Jelasnya, Seksyen 38 berkaitan kesalahan membuat akuan atau pernyataan palsu manakala Seksyen 40 melibatkan kesalahan berhubung pelaksanaan akad nikah.
Sumber: Kosmo!







































