Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hadiahkan Velfire, Usahawan Habiskan RM1 Juta Untuk ‘Birthday’ Anak Usia 11 Tahun

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan pelbagai barangan mewah, termasuk sebuah kereta Toyota Vellfire.

Usahawan Habiskan RM1 Juta

Usahawan habiskan RM1 juta untuk hari lahir anak

Menerusi video yang dikongsi, Farhana Zahra di TikTok dan meraih lebih sejuta tontonan, memaparkan majlis mewah bertemakan warna merah jambu dan tetamu berpakaian serba hitam.

Antara hadiah diterima termasuk komputer Apple, jam tangan Rolex dan kejutan utama, kereta Vellfire.

Usahawan habiskan RM1 juta, rancang macam-macam buat anak

Menurut Farhana Zahra, dia sengaja berlakon seperti lupa hari lahir anaknya, Yaya, untuk memberikan kejutan yang dirancang lebih awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mama sengaja buat-buat lupa masa hari jadi dia sebab mama dah plan nak buat semua ni.”
Masa birthday dia, dua kali dia datang dan tunggu mama wish, tapi mama buat tak tahu saja, sorry sayang,” tulisnya.

Buat-buat lupa hari jadi anak untuk lakukan kejutan

Farhana mengakui dia sering memenuhi keinginan anaknya hampir setiap hari, hingga membuatkan dia buntu untuk memilih hadiah yang sesuai.

“Semua keinginan Yaya mama dah penuhi hampir setiap hari. Jadi bila tiba hari jadi, saya dah tak tahu nak bagi apa,” 

Walaupun kos sambutan itu mencecah RM1 juta, Farhana menegaskan apa yang paling penting adalah melihat kegembiraan dan kepuasan anaknya pada hari istimewa tersebut.

Maafkan mama… Ni je yang mama mampu bagi untuk anak mama. RM1 juta sahaja mama habiskan untuk sambutan hari jadi kali ni.”

Artikel lain: Hadiah Paling ‘Rare’! Cikgu Teruja Dapat Ikan Segar Dari Murid Sempena Hari Guru

Jangan mewahkan anak sangat-sangat

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah memberikan respon seakan kurang senang melihatnya terlalu menunjukkan kekayaan termasuk memberikan hadiah kepada anak dibawah umur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga berharap agar anak-anak mereka tidak melihat video tersebut kerana enggan diminta sesuatu yang diluar kemampuan keluarga masing-masing.

Tapi anak belum boleh bawa kereta kan

Boleh tahan riaknya

Mungkin rezeki buat anak-anak usahawan ini mempunyai ibu bapa yang tidak lokek memewahkan keluarga termasuklah memberikan hadiah berharga diusia yang cukup muda.

Sumber: TikTok farhanazahra91

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd