Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cadangan Had Umur 16 Tahun Guna Media Sosial Dapat Sokongan Ahli Parlimen

Beberapa Ahli Parlimen hari ini menyatakan sokongan terhadap cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun, bagi membendung kesan negatif terhadap perkembangan mental dan sosial golongan berkendan.

Menurut laporan Bernama, pandangan tersebut disuarakan wakil rakyat susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes buli siber, gangguan seksual dan masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah yang dikaitkan dengan pendedahan awal kepada platform media sosial tanpa kawalan.

Umur 16 tahun guna media sosial

Umur 16 tahun guna media sosial

Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) berkata cadangan serta pelaksanaan untuk mengehadkan umur minimum 16 tahun bagi pengguna media sosial dan pendaftaran akaun perlu disegerakan.

Beliau berkata negara luar seperti Australia telah mengambil langkah tegas melarang dan menyekat akses penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun bermula Disember tahun ini, selain langkah sama dilaksanakan di United Kingdom, Norway serta beberapa negara maju lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kanak-kanak seawal usia 10 tahun terdedah kepada kandungan lucah, keganasan serta mesej kebencian dan fitnah, tanpa sebarang kawalan berkesan.
“Kebanyakan kes ini berpunca daripada media sosial yang memberi kesan negatif terhadap keshatan mental anak-anak kita, katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara sama turut dibangkitkan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang mencadangkan mekanisme sesuai digunakan bagi mengehadkan penggunaan media sosial kepada golongan bawah 16 tahun.

Artikel lain: “Biarkan Anak Menangis Sekarang, Daripada Kita Yang Menangis Nanti” – Ketua Polis Melaka

Umur 16 tahun guna media sosial

“Kita perlu memastikan mekanisme yang sesuai dalam membuat verifikasi agar mereka tidak menipu umur dalam membuka akaun sosial media.
“Tanggungjawab ini juga harus diletakkan kepada platform media sosial untuk menjaga kandungan mereka dan memastikan platform media sosial bebas daripada sebarang kandungan ganas, penipuan, buli, seks bebas dan jenayah dalam talian lain,” katanya menegaskan kes jenayah lain seperti kes rogol dan bunuh baru-baru ini adalah peringatan kepada semua peringkat masyarakat.

Pandangan sama turut dikongsikan beberapa Ahli Parlimen lain antaranya Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) dan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang antara lain mahu penggunaan platform digital dalam kalangan golongan itu serta kandungan media sosial dikawal dengan sebaiknya.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin (PN-Pagoh) mencadangkan satu pelan pendidikan sahsiah khusus dan menyeluruh mesti digubal untuk membentuk keperibadian pelajar yang seimbang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata pelan pendidikan itu mestilah mengambil kira sema bentuk cabaran masa kini, termasuk pengaruh media sosial, kecerdasan buatan (Al) dan kesihatan mental dalam membentuk minda dan jiwa pelajar.

“Sudah sampai masanya kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan mengkaji keseluruhan sistem yang ada untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah ini.
“Apakah bentuk dasar dan mekanisme perlu dilaksanakan dalam memperbaiki sistem nilai dalam kalangan anak-anak bagi memastikan sekolah dan institusi pendidikan menjadi tempat yang selamat untuk menimba ilmu dan membentuk sahsiah pelajar,” katanya.

Persidangan bersambung Isnin.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan polis selepas kejadian seorang pendaki yang ditemui maut ketika mendaki di Gunung Liang, Muallim, Tanjong Malim, semalam. Dua...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd