Universiti Malaya (UM) tampil mohon maaf apabila hantaran di platform Thread sebelum ini seakan mempersendakan rakyat Kelantan.
UM tampil mohon maaf
Menerusi perkongsian itu, pihak UM memohon maaf andai ada pihak yang tidak selesa dengan perkongsian tersebut dan sudahpun menurunkannya dari platform berkenaan.
“Admin ingin memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang berlaku.
“Hantaran terdahulu telah diturunkan bagi mengelakkan sebarang salah faham,” tulisnya.
Tampil mohon maaf lepas hantaran ‘Aku bukan Kelantan’
Sebelum ini, tular di media sosial hantaran dibuat oleh pengendali akaun Thread UM yang menyebut ‘Aku bukan Kelantan. Titik’ sehingga membuatkan banyak pihak tidak selesa dengan perkongsian universiti terkemuka negara itu.
Artikel lain: Jemput Bruce Gilley Sebagai Penceramah, Universiti Malaya Buat Permohonan Maaf
Kenapa kena bawa hal rasis?
Ada diantara pengguna Thread mempersoalkan tindakan pengendali akaun UM yang menjadikan isu rasis sebagai hantaran umum di media sosial dan menganggap ia sebagai satu bentuk gurauan.
Hancur imej universiti
Perkara macam ni bukan lawak
Ini tidak patut!
Sumber: Thread unimalaya







































