Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ulas Isu Johor Cuti Sabtu Ahad, Hassan Karim Nafi Mahu Pindah Ke Kelantan

Ahli Parlimen PKR, Hassan Abdul Karim menegaskan dakwaan dia sedia keluar dari Johor adalah fitnah dan nafi mahu pindah ke Kelantan susulan isu cuti hujung minggu di Johor yang ditukar kepada Sabtu dan Ahad.

Memetik laporan Malaysiakini, Hassan menafikan beliau membuat kenyataan bahawa dirinya sedia meninggalkan Johor disamping berkata dia adalah rakyat Johor setia yang mahu berkhidmat kepada rakyat di Pasir Gudang.

Hassan Karim nafi mahu pindah ke Kelantan

Hassan Karim Nafi Mahu Pindah Ke Kelantan

Foto: Parti Keadilan Rakyat

“Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa saya sedia keluar dari Johor dan tinggal di Kelantan. Saya Ahli Parlimen Pasir Gudang.
“Saya akan berkhidmat kepada rakyat Pasir Gudang dan kekal tinggal di Johor. Saya rakyat Johor yang setia, rakyat Malaysia yang setia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Hassan menjelaskan kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini berkenaan pertukaran cuti hujung minggu Johor hanyalah pandangannya tanpa niat mencabar sesiapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya menghormati institusi Raja Berperlembagaabn dan Demokrasi Berparlimen. Sebagai rakyat Johor, saya menghormati keputusan Pemangku Sultan Johor berkenaan cuti hari Ahad bermula Januari 2025,” ujarnya.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengumumkan cuti hujung minggu di negeri itu akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Hassan Karim Nafi Mahu Pindah Ke Kelantan

Titah baginda, cadangan pertukaran tersebut telah mendapat perkenan dan restu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta menerima pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Susulan itu, Hassan telah mengeluarkan kenyataan dan berkata cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu di Johor bukan sekadar cuti biasa.

Katanya, perubahan hari cuti hujung minggu itu mempunyai makna tersendiri yang mana ia melupakan pengertian budaya dan sejarah politik Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Hassan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mohd Mazri Yahya berkata parti itu menganggap pertukaran hari cuti hujung minggu oleh Johor sebagai mengikut kesan tinggalan penjajah.

Mohd Mazri yang juga merupaka Jawatankuasa PAS Pusat berkata sepatutnya kerajaan negeri mengutamakan Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu.

Tunku Ismail kemudian bertitah, bagi piha yang tidak berpaus hati, baginda menasihatkan mereka agar berpindah ke negeri lain yang menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu.

“Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu,” titah baginda.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa. Ketua Polis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd