Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tunai Janji Hapus Tol Terlebih Dahulu, Bukan Mansuh Tol Percuma Musim Perayaan – Pembangkang

Susulan pemansuhan inisiatif tol percuma sempena perayaan, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Tun Faisal menyatakan bahawa kerajaan perlu menunaikan janji, iaitu hapus tol lebuhraya terlebih dahulu berbanding memansuhkan inisiatif berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani, Tun Faisal berkata kerajaan sepatutnya mencari jalan atau inisiatif untuk meringankan beban rakyat yang berdepan dengan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.

Mohon kerajaan hapus sistem tol terlebih dahulu

Hapus Tol

Foto: PRU Sinar

“Dulu janji Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar beri tol percuma waktu perayaan, tetapi mereka ada pelbagai formula untuk mansuhkan kutipan tol di semua lebuh raya.
“Namun, sampai sekarang kita belum nampak apa yang kerajaan lakukan untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Gerik iaitu Fathul Huzir Ayob turut bersuara memerihalkan kerajaan tidak sepatutnya menjadikan inisiatif tol percuma itu sebagai satu isu besar sehingga perlu dimansuhkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hapus Tol

Foto: Harian Metro

Tambahnya lagi, inisiatif berkenaan telah wujud sejak zaman pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kerajaan PH dan telah membantu menggalakkan rakyat pulang ke kampung halaman mereka.

“Kalau ikutkan apa dilaungkan semasa PH masih lagi pembangkang, semua perkara mahu jadikan percuma.
“Saya harap kerajaan tidak mempolitikkan perkara itu dan tol percuma ini satu benda yang patut dijadikan hadiah oleh rakyat seperti mana diamalkan selama bertahun-tahun,” ujarnya.

Hapus Tol

Foto: Berita Harian

Bukan itu sahaja, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari pula berpendapat bahawa keputusan untuk mengekalkan kutipan tol termasuk ketika musim perayaan juga memberi tamparan hebat kepada masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Fadhli berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tol percuma tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya disifatkan seolah-olah cuba mengalihkan isu sebenar.

“Ia masalah berasingan yang memerlukan perancangan pengangkutan awam lebih baik, bukannya dijadikan alasan menafikan hak rakyat menikmati tol percuma.
“Logik ini hanya mengelirukan dan tidak membantu menyelesaikan masalah utama,” jelasnya.

Hapus Tol

Foto: Facebook Malaysiapost.TV

Artikel lain: Tol Percuma: Radzi Jidin Dakwa Kenyataan Ahmad Zahid, Alexander Bercanggah

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, pemberian tol percuma sempena musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, jemaah menteri membuat keputusan untuk menghentikan pemberian tol percuma itu susulan cadangan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, memandangkan kerajaan juga terpaksa menanggung pampasan lebih RM35 juta sehari kepada syarikat konsesi tol.

Bagaimanapun, kerajaan akan menggantikan pemberhentian tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar.

Sumber: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd