Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Solekan Tak Naik Seri Pengantin? Tun Laila Sedih Baca Komen Netizen, Tampil Perjelas

Tun Laila Sedih Baca Komen Netizen

Personaliti media sosial dan peguam, Tun Laila Tun Rafaee meluahkan rasa sedih apabila solekannya pada salah satu majlis resepsi perkahwinan baru-baru ini menjadi bahan kecaman warganet.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita berusia 26 tahun itu berkata dirinya kecewa apabila ramai meninggalkan komen negatif terhadap penampilannya, sedangkan dia sangat berpuas hati dengan hasil sentuhan jurusolek profesional, Fiqqi Abdullah.

“Saya nampak komen pada majlis sebelum ini. Ada yang kata make up saya tak naik seri dan buruk.
“Sejujurnya saya rasa sangat sedih sebab yang make up adalah Fiqqi Abdullah dan saya sangat suka make up yang dia buat.
Ada juga yang kata saya hari-hari make up jadi masa kahwin tak naik seri. Ada pula yang kata kalau saya make up memang tak cantik.
“Tapi semua orang yang tengok saya mereka kata make up saya cantik,” katanya.

Artikel lain: Prince Syed Pula Masuk Hospital, Tapi Netizen Dakwa Sekadar Wayang? – “Mata Tu Nampak Segar”

Tun Laila Sedih Baca Komen Netizen

Tun Laila menjelaskan bahawa video yang tular dan menerima banyak kecaman sebenarnya telah disunting hingga menyebabkan perubahan pada tona kulit dan hasil solekannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Video yang ramai kata make up saya buruk tu ia telah diedit dengan ‘contrast’ yang tinggi sampai kulit nampak ‘flawless’ dan kening kelihatan tebal.
“Muka saya pun jadi warna oren.
“Realitinya saya sangat suka make up itu. Untuk semua majlis memang saya minta untuk nampak ‘natural look’, tak ada bulu mata palsu, inai dan hiasan pada kuku,” ujarnya.

Untuk makluman, Tun Laila selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihannya yang juga Timbalan Pendakwa Raya, Amir Haiqal, pada 8 November lalu, dengan mas kahwin sebanyak RM13,800.

Sumber: TikTok yarafaee

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd