Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Analisis Sahkan Darah Pada Tulisan Tangan Sepadan DNA Zara Qairina

Mahkamah Koroner di sini hari ini dimaklumkan bahawa kesan darah yang ditemui pada beberapa helaian kertas bertulis tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir disahkan sepadan dengan profil DNA remaja perempuan berusia 13 tahun itu.

Tulisan tangan sepadan DNA

Menurut laporan Berita Harian, Pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon, 52, ketika memberi keterangan berkata, hasil analisis menunjukkan padanan sempurna antara kesan darah yang ditemui pada kertas bertanda Y8 dan Y1 dengan profil DNA yang diperoleh daripada spesimen tulang bertanda WK37 milik Allahyarham.

tulisan tangan

“Keputusan analisis membuktikan DNA yang ditemui datang daripada individu yang sama,” katanya.

Menurut Nor Aidora, darah yang dikesan pada kertas bertanda WK15(9)(a) serta kesan sentuhan pada sebuah buku bertanda WK13 turut menunjukkan padanan DNA milik Zara Qairina.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Sering Catat Nama Pelajar Tidak Solat Punca Mangsa Tidak Disukai – Saksi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, pada prosiding 8 September lalu, pemeriksa dokumen Jabatan Kimia, Nurul Atiqah Mohd Noh, turut mengesahkan bahawa tulisan tangan pada dokumen bertanda Y1 hingga Y15 serta W1 dan W2 adalah konsisten dengan tulisan tangan Allahyarham.

Nor Aidora menjelaskan, selain padanan utama, analisis turut menemui profil DNA bercampur pada beberapa bahan bukti seperti kertas Y8 (i), beg alat tulis WK1 (a), buku WK9 dan WK14, serta selimut berlabel WK27.

tulisan tangan

“Profil DNA tersebut menunjukkan satu penyumbang utama perempuan iaitu Zara Qairina, manakala penyumbang minor tidak dapat dikenal pasti secara muktamad,” ujarnya.

Saksi itu turut memaklumkan bahawa kertas bertanda Y1 dan Y8 mempunyai padanan dan saling melengkapi antara satu sama lain, dengan kedua-duanya menunjukkan kehadiran kesan darah yang jelas.

Beliau menerima 37 bahan bukti pada 11 Ogos, termasuk pakaian, buku, kertas, barang peribadi serta spesimen seperti tulang, kuku dan putik kapas dengan kesan darah. Semua barangan diterima dalam keadaan baik dan tidak terusik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sepanjang proses analisis dijalankan, bahan bukti berada di bawah kawalan saya sepenuhnya dan tiada sebarang usikan berlaku. Selesai analisis, semua barangan dikembalikan ke pembungkus asal,” jelasnya.

tulisan tangan

Nor Aidora turut menerangkan bahawa DNA ialah bahan genetik yang unik bagi setiap individu dan diwarisi daripada ibu serta bapa.

Analisis dilakukan dengan menguji 21 lokus ginetik bagi menghasilkan profil DNA yang tepat.

Beliau turut memaklumkan bahawa makmal Jabatan Kimia Malaysia dilengkapi dengan peralatan moden seperti Real-Time PCR, Thermal Cycler dan Genetic Analyser, selain mematuhi piawaian forensik antarabangsa.

“Saya telah menjalankan pelbagai analisis DNA melibatkan kes bunuh, rogol, paterniti, dadah dan jenayah lain. Setakat ini, semua keterangan saya diterima oleh mahkamah,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Ersie Anjumin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Lokal

Seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditahan bersama seorang lelaki berusia 20-an dalam serbuan operasi khalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah...

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd