Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Video Jalur Gemilang Terbalik, Polis Sahkan Tiada Laporan Diterima

Tular rakaman sebuah video mendakwa Jalur Gemilang digantung terbalik di sebuah kedai serbaneka di Brickfields, Kuala Lumpur sejak semalam.

Tular video Jalur Gemilang terbalik

Jalur Gemilang terbalik

Foto: Malaysia Gazette

Walau bagaimanapun menerusi laporan Malaysia Gazette, polis mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berhubung dakwaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, hasil semakan pihaknya mendapati Jalur Gemilang yang dipasang itu berada pada kedudukan biasa.

“Susulan video tular di media sosial berkenaan perkara itu, , semakan mendapati setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian.
“Anggota polis turut digerakkan ke lokasi yang didakwa dan mendapati Jalur Gemilang yang dipasang di premis tersebut dalam keadaan normal,” katanya pada Rabu.

Artikel lain: Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, SJKC Chung Hua Tampil Mohon Maaf

Terdahulu, video tersebut mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan kejadian seperti itu tidak sepatutnya terjadi sekali gus menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@borneotvmalaysia

Penyakit bulan Ogos. Video Tular: DM Kredit. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #benderamalaysia #jalurgemilangterbalik #jalurgemilang

♬ ini banggang jenis apa – dayangg

Sumber: TikTok borneotvmalaysia, Malaysia Gazette (Nurayuni Johari)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd