Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

14 Tahun Menanti, Tukang Urus Jenazah Sebak Ditaja Individu Untuk Tunai Haji

“Saya pernah ditidurkan 25 hari akibat COVID-19, tak sangka masih diberi peluang ke Tanah Suci,” luah penuh syukur Rohaya Abdul Kadir, 69, tukang urus jenazah yang menanti 14 tahun untuk menunaikan haji.

Tukang urus jenazah pernah ditidurkan 25 hari kerana Covid-19

Memetik laporan dari Bernama,  pemergiannya ke Mekah tahun ini ditaja sepenuhnya oleh seorang wanita yang enggan dikenali, sebagai tanda syukur melihat Rohaya kembali sihat selepas bertarung nyawa di ICU pada tahun 2020.

“Saya pernah ditidurkan selama 25 hari di ICU Hospital Sultanah Aminah akibat COVID-19 pada 2020.
“Individu itu terlampau gembira saya kembali sihat dan berhasrat menaja saya ke Tanah Suci,” katanya sebak.

Tukang urus jenazah ditaja seseorang yang enggan didedahkan identiti

Rohaya yang berkhidmat sebagai tukang urus jenazah di Masjid Pulai Utama sejak 2017 berkata, ujian COVID-19 mengajarnya erti mensyukuri hidup.

Beliau dan suaminya adalah antara 142 jemaah haji Johor bagi kumpulan kedua tajaan kerajaan negeri yang berlepas ke Mekah hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, suaminya telah mendapat surat jemputan rasmi pada 20 Februari lalu bagi menunaikan haji dan pemohonannya untuk  menemani suaminya telah diluluskan susulan ada seorang dermawan tampil untuk menaja keseluruhan kos hajinya.

“Selepas diuji, Allah beri saya nikmat kehidupan dan dapat jalani hidup seperti biasa. Ditambah pula ada orang hendak taja saya ke Tanah Suci.
Saya sangat bersyukur, semasa sakit pun tak putus orang beri sumbangan,” tambahnya lagi.

Dia yang  bertugas sebagai pembantu bilik mayat sejak 2017 menyatakan anak-anaknya telah membantu mengemas ubat-ubatan suaminya dan berpesan agar beliau menjaga kesihatan suami sepanjang ibadah haji.

tukang urus jenazah

Artikel lain: Kekurangan Fizikal Bukan Penghalang, Bekas Pesakit Kanser Mata Syukur Dapat Tunai Haji

Majlis pelepasan jemaah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bersama beberapa barisan EXCO kerajaan negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd