Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Puji Peranan Malaysia Selesai Konflik Sempadan Thailand-Kemboja

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump puji peranan penting Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik ketenteraan di sempadan Thailand dan Kemboja baru-baru ini.

Trump Puji Peranan

Trump puji peranan Malaysia, kagum kepimpinan PM Anwar

Memetik laporan dari Bloomberg, Trump ketika dalam penerbangan menuju ke Kuala Lumpur menaiki pesawat rasmi Air Force One menzahirkan rasa kagum terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya memainkan peranan besar dalam rundingan damai dua negara jiran itu.

“Salah satu sebab saya mengunjungi Malaysia adalah kerana mereka sangat, sangat terlibat dalam keseluruhan perkara itu (rundingan damai Thailand dan Kemboja), Thailand dan semuanya.
“Saya beritahu pemimpin Malaysia (Anwar), beliau adalah seorang yang sangat baik. Saya kata, saya berhutang anda satu lawatan,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One.

Trump akan tandatangan perjanjian Damai Thailand-Kemboja

Trump juga dijangka menandatangani Perjanjian Damai antara Thailand dan Kemboja sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang berlangsung di Malaysia, sekali gus mengiktiraf peranan aktif negara ini dalam memastikan kestabilan serantau terus terpelihara.

trump puji peranan

Artikel lain: Wisma Putra Sahkan Donald Trump Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Selama Dua Hari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, beliau telahpun tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Bloomberg

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd