Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kaki Bengkak, Tangan Lebam? Trump Dilapor Hidap Penyakit Urat Kronik

Trump hidap penyakit urat kronik

Presiden Amerika Syarikat  (AS), Donald Trump dilaporkan menghidap masalah salur darah vena kronik setelah mengalami bengkak pada bahagian kaki.

Pengumuman tersebut dikeluarkan oleh Rumah Putih susulan spekulasi yang mula beredar berkenaan keadaan tangan dan kaki beliau yang dilihat sedikit berbeza daripada kebiasaannya.

Trump hidap penyakit urat kronik

 hidap penyakit urat kronik

Foto: Bloomberg

Memetik laporan BBC, Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt mengesahkan bahawa Trump mengalami masalah saraf yang kronik sehingga berlaku perubahan warna pada bahagian tangan kanan disebabkan ‘kerengsaan tisu akibat kerap berjabat tangan’ dan kesan sampingan penggunaan aspirin sebagai sebahagian daripada rawatan kardiovaskular standard.

Menurut doktor peribadinya, Sean Barbabella, dalam surat yang dikeluarkan Rumah Putih, menjelaskan setakat ini Trump berada dalam keadaan yang sangat baik biarpun terpakasa berdepan dengan penyakit terbabit.

Terdahulu, Presiden AS itu sering berbangga dengan menyatakan kesihatan dan tenaganya masih dalam keadaan yang normal, malah pihak pentadbirannya baru-baru ini turut memuat naik imej menggambarkan beliau sebagai ‘Superman’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendedahan itu dibuat oleh Leavitt setelah Trump mendapat perhatian meluas di media sosial mengenai pergelangan kakinya yang kelihatan bengkak, terutama ketika perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA di New Jersey, baru-baru ini.

Dikatakan, Trump juga sering menggunakan bahan solekan untuk menutup kesan tersebut daripada disedari oleh penglihatan orang awam dan sering dipantau oleh doktor di Rumah Putih sebagai langkah berjaga-jaga.

Trump hidap penyakit urat kronik

Foto: AMP

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Presiden menyedari ada sedikit bengkak pada bahagian bawah kakinya,”
“Ujian ultrasound menunjukkan beliau mengalami masalah saraf kronik, satu keadaan yang tidak berbahaya dan biasa berlaku, khususnya dalam kalangan individu berusia lebih 70 tahun.” kata Leavitt

Artikel lain: Trump Umum Tarif 25% Ke Atas Malaysia Mulai 1 Ogos, Langkah Lindungi Industri Tempatan AS

Difahamkan, pendedahan berhubung diagnosis kesihatan itu diminta sendiri oleh presiden itu demi ketelusan dan tidak mahu menipu rakyat di negaranya.

Namun begitu, Rumah Putih memaklumkan, keadaan itu tidak akan memberikan kesan seirus kepada Trump, kerana setakat ini tiada bukti menunjukkan kewujudan trombosis urat dalam atau penyakit arteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden berumur 78 tahun itu juga dilaporkan masih mempunyai struktur dan fungsi jantung yang normal dan tiada tanda-tanda kegagalan jantung, masalah buah pinggang, atau penyakit sistemik.

Sumber: BBC

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd