Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Treler Alami Masalah Enjin Sebabkan Van Sekolah Rempuh Dari Belakang

Sebuah treler yang dikatakan berhenti di lorong lebuh raya akibat masalah enjin menjadi punca nahas membabitkan sebuah van sekolah yang membawa 21 murid di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Bandar Dato’ Onn, semalam.

Masalah enjin punca treler berhenti di lorong jalan raya

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh memaklumkan, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Unit Siasatan Lebuhraya JSPT Bukit Aman kira-kira jam 6.23 petang, pada Isnin.

masalah enjin

Foto: Harian Metro

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada hari yang sama sekitar jam 2.00 petang. Sebuah van sekolah yang dipandu wanita tempatan berusia 46 tahun dalam perjalanan dari susur Dato’ Onn menghala ke arah utara Johor telah melanggar belakang treler yang berhenti di lorong lebuh raya disebabkan ada masalah enjin,” katanya.

Artikel lain: Dua Wanita Maut, Empat Lelaki Cedera Kereta Rempuh Belakang Treler Rosak

Akibat pelanggaran itu, pemandu van serta dua pelajar daripada 21 penumpang mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

Pemandu treler berusia 32 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
masalah enjin

Foto: Malaysia Gazette

Menurut Balveer, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana kegagalan mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan.

Dalam masa sama, pihak polis menggesa orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Lebuhraya JSPT Bukit Aman, Sarjan Mohammad Harris bin Abdullah di talian 016-9376728 bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Johor Bahru Utara

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd