Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Enam Beranak: Ada Aduan, JHEAIK Pantau Kubur Elak Unsur Khurafat

JHEAIK pantau kubur nahas enam beranak

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) akan melakukan pemantauan di sekitar kawasan tanah perkuburan enam beranak yang terkorban dalam nahas di terusan Sungai Korok daripada sebarang aktiviti berunsur khurafat atau ilmu hitam.

JHEAIK pantau kubur nahas enam beranak

JHEAIK pantau kubur nahas enam beranak

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin memberitahu pemantauan dibuat berikutan terdapat aduan wujudnya unsur mencurigakan di lokasi tanah perkuburan arwah disemadikan.

“Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu menerima aduan kemungkinan berlaku perkara yang mencurigakan di perkuburan itu.
“Kita sudah menggerakkan anggota untuk memantau kawasan perkuburan, setakat ini kita belum memasang tali di tanah perkuburan enam beranak itu.
“Namun, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan tindakan akan diambil jika terdapat amalan yang bertentangan ajaran Islam,” kata Abd Ghani, di Alor Setar, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar masyarakat tidak mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara khurafat yang bercanggah dengan ajaran yang telah disyariatkan di dalam Islam.

Selai itu, JHEAIK turut menyeru agar orang ramai dan pihak masjid memainkan peranan penting dalam membendung amalam sesat ini terutama di kawasan perkuburan.

JHEAIK pantau kubur nahas enam beranak

Foto: Kosmo

Artikel lain: Tragedi Enam Beranak: “Kes Paling Sayu Sepanjang Bertugas” – Anggota Bomba Hiba Angkat Jasad Empat Beradik

Terdahulu, media melaporkan Isnin lalu, pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, maut selepas kereta dinaiki terbabas di terusan Sungai Korok, awal pagi Sabtu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan empat anak mereka turut terkorban iaitu Putra Rayyan Nur, 9; Hawa Adriana Nur, 8; Annayla Humaira Nur, 7; dan Tuah Haydar, berusia enam bulan, manakala anak sulung pasangan itu, Putri Qisya selamat kerana tiada di dalam kenderaan malam itu ketika kejadian.

Untuk rekod, kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, Kubang Pasu, pada Isnin.

Sumber: Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd