Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Kanak-Kanak Disyaki Larikan, Aniaya Anak Kucing Hingga Mati

Tindakan tiga kanak-kanak yang disyaki menculik dan mendera seekor anak kucing hingga mati di kawasan perumahan Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang mencetuskan kemarahan warganet selepas rakaman kejadian tular di media sosial.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik haiwan terbabit semalam, selepas kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Foto: Buletin TV3

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai membabitkan tiga kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. Pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan isu penderaan haiwan.

“Tindakan zalim seperti ini bukan saja mencerminkan sikap tidak berperikemanusiaan, tetapi melanggar undang-undang,” ujarnya.

Insiden ini mula mencuri perhatian ramai selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di aplikasi TikTok memaparkan tiga kanak-kanak mengambil seekor anak kucing di hadapan sebuah rumah, sebelum membawanya pergi.

Pemilik haiwan berkenaan memaklumkan bahawa dia menyedari kehilangan anak kucingnya lalu memeriksa rakaman CCTV. Setelah mengenal pasti individu yang terlibat, dia meminta bantuan penduduk sekitar untuk mencari mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malangnya, anak kucing itu ditemui sudah mati setelah dipercayai ditinggalkan dalam bekas tertutup.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd