Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Serbuan Banglo Di Kelantan: Tiga Didenda RM11,000 Simpan Gambar, Video Tak Senonoh Hubungan Sejenis

Tiga Didenda

Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang penganggur didenda keseluruhan RM11,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki gambar dan video lucah jantina sejenis dalam telefon bimbit masing-masing.

Penuntut universiti, Muhammad Al Azamuddin Al Fadzil, 22, dari Setiawan, Perak dan Mohamad Syahmi Firas Mohd Jurij, 27, dari Bachok, Kelantan masing-masing didenda RM4,000, manakala penganggur, Mohd Hanafi Ibrahim, 47, dikenakan denda RM3,000.

Majistret Wan Mohd Izzat Wan Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit masing-masing di sebuah rumah di Jalan Kemumin, Kampung Pulau Belacang, Panchor kira-kira jam 1.15 pagi pada 18 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga Didenda RM11,000 Simpan Gambar, Video Tak Senonoh Hubungan Sejenis

Mereka didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nadzir Abdullah dan Nur Haziqah Hassan, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Chong Yin Xin.

Peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan Mohd Hanafi mempunyai masalah kesihatan otak selepas menjalani pembedahan kepala pada 2016 dan kini ditanggung kakaknya.

Artikel lain: Hampir 100 Lelaki Di Kelantan Sertai Pesta Hubungan Sejenis, Ratusan Kondom Ditemui

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Muhammad Al Azamuddin merupakan pelajar tahun pertama manakala Mohamad Syahmi Firas adalah penuntut tahun akhir di sebuah IPT tempatan.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga mereka dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Ketiga-tiga tertuduh membayar denda dan dibebaskan.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 20 lelaki dipercayai menyertai pertemuan kumpulan gay di sebuah rumah banglo di Kemumin, Pengkalan Chepa, terkejut apabila lokasi itu diserbu polis bulan lalu sekitar jam 1 pagi hasil intipan awal pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Lokal

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi bualan netizen apabila menjual satu menu baharu iaitu pasta wagyu yang dikatakan menjadi rebutan ramai kerana rupanya yang...

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memecat Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, selain turut membubarkan Kabinet pimpinannya susulan kes berkait isu pertikaian sempadan dengan Kemboja. Paetongtarn,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd